Malaysia Dateline

Golongan Islamis bila berkuasa tak hirau isu keadilan sosial 

Golongan Islamis sering meminggirkan isu keadilan sosial dan hak asasi manusia apabila mereka mula mendapatkan kuasa.

Presiden AMANAH, Mohamad Sabu, mengambil contoh pergerakan Ikhwanul Muslimin di Mesir, yang diketuai Allahyarham Mohamed Morsi dan kemudiannya berlaku rampasan kuasa sehingga disingkirkan oleh pihak tentera.

Menurutnya, golongan Islamis apabila berkuasa perlulah meningkatkan usaha untuk memperbaiki keadilan sosial dan keadilan untuk semua rakyat.

“Begitulah juga kita lihat di Malaysia. Apabila Islamis diberi peluang berkuasa, kita lihat dalam suasana kemiskinan dan rakyat susah menghadapi pandemik Covid-19, yang diutamakan di Kelantan ialah membeli kereta-kereta baru Mercedes.

“Kita mahu umat Islam yang selalu menyangjungi golongan Islamis ini mestilah mereka bergerak di samping terus mempertahankan soal fiqah iaitu haram, halal, makruh atau boleh dan tidak boleh.

“Pada masa sama, soal keadilan sosial mesti diperjuangkan terus. Bila jadi pemimpin, bukan soal nombor kereta yang boleh mengangkat martabat kita. Bukan soal gelaran dan kekayaan yang perlu ditunjukkan untuk orang hormati tetapi kita perjuangkan keadilan sosial,” katanya dalam satu kenyataan khas di Facebooknya semalam

Pada masa sama, Mohamad juga menyeru semua pihak menghentikan sikap yang melabel puak itu dan puak ini.

Jelasnya, golongan Islamis hendaklah terus mengangkat martabat Islam bukan sahaja dengan ucapan dan slogan, tetapi akhlak yang lebih utama