Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Golongan muda perlu kikis fahaman perkauman yang sempit

Golongan muda perlu kikis fahaman perkauman yang sempit

Oleh BERNAMAFebruary 1, 2020 3:27 pm




Golongan muda perlu digerakkan bagi mengikis fahaman perkauman yang sempit berpaksikan kepada semangat kemanusiaan yang tinggi, beretika dan berakhlak mulia, kata Ketua Umum Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata apa yang perlu PH pertahankan ialah kebaikan dan keadilan dan menolak serta melawan kejahatan dan kezaliman.

“Kalau orang Melayu pertahankan kebaikan dan keadilan, kita sokong. Begitu juga jika orang Cina pertahankan keadilan dan kemanusiaan kita sokong…begitu juga untuk orang Dayak, Melanau dan lain-lain,”

“Tapi jikalau ada orang Melayu, Melanau, Cina dan lain-lain yang pertahankan kezaliman dan rasuah, kita mesti lawan,” katanya dalam ucapan pada rumah terbuka PH Sarawak sempena sambutan Tahun Baru Cina hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar berkata di semenanjung Malaysia terdapat desas desus politik rasis yang diamalkan ahli politik yang terdesak, yang tiada kekuatan moral dan tiada integriti serta yang takut kerana mereka bergelumang dalam rasuah atau salah laku dan penyalahgunaakuasa.

“Itu sahajalah modal mereka iaitu ‘racism’. Tetapi kita, di pihak majoriti mesti berdiri teguh bersama. Keadilan, DAP, Bersatu dan AMANAH tegas untuk mempertahakan prinsip yang kita pegang,” katanya.

Mengenai persiapan Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12, beliau berkata PH akan menumpu perhatian dalam meningkatkan bekerjasama antara parti-parti komponennya.

– BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Bukan setakat 2 kolam, 100 kolam pun Pas sanggup masuk

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

PKP: Kasihan rakyat Kelantan sebab Exco ‘cerdik sangat’

“IKEA, kedai emas dibenar operasi peniaga kecil disuruh duduk rumah”

Pesakit COVID-19 di ICU semakin bertambah, 8 lagi maut

Kelantan dikenakan PKP mulai 16 hingga 26 Januari

‘Semoga ada lagi yang akan tarik sokongan daripada Muhyiddin’

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production