Tenaga Nasional Berhad (TNB) memaklumkan bahawa bekalan elektrik di Kolej Vokasional Gombak adalah baik dan teratur.
“Ianya berpunca dari kerosakan dalaman di pihak pengguna dan disahkan pihak SPR,” kata TNB dalam kenyataan di Twitternya sebentar tadi.
Reaksi TNB itu susulan tular di media sosial kejadian gangguan bekalan elektrik (blackout) di salah satu pusat kiraan undi di Gombak.
Sehingga jam 9.58 malam, calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Amirudin Shari mendahului lima calon lain di Parlimen Gombak.
Menteri Besar Selangor itu mendapat 33,540 undi manakala pesaing rapatnya, calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pula mendapat 23,260 undi.
Baca juga Tidak rasmi-Parlimen Kuala Selangor Dr Dzul dahului Tengku Zafrul
Baca juga Beg silang dipakai Hanis jadi tumpuan, netizen seloroh beg tu macam kanak-kanak zaman dulu