GPMS cabar Hindraf debat dalam ceramah Dr Zakir Naik

GPMS cabar Hindraf debat dalam ceramah Dr Zakir Naik

 Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) mencabar  Hindraf mengadakan debat dengan pendakwah perbandingan agama Dr Zakir Naik dan mahu Hindraf lebih menghormati semua agama tanpa prejudis.

 

Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) mencabar  Hindraf mengadakan debat dengan pendakwah perbandingan agama Dr Zakir Naik dan mahu Hindraf lebih menghormati semua agama tanpa prejudis.

GPMS juga mahu Hindraf  lebih sensitif terhadap Perkara 11 Perlembagaan, iaitu tentang Kebebasan Beragama. Ini kerana setiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan tertakluk kepada fasal (3) dan (4).

Pengerusi Biro Agama GPMS Kebangsaan Ekma Faroza berkata, GPMS ingin mengingatkan Hindraf bahawa negara ini mempunyai perlembagaan, oleh itu sebarang tindakan menyekat atau menghalang agama lain untuk melaksanakan ajaran mereka adalah salah disisi undang-undang negara ini.

“Perkara 18 dalam Kovenan Antarabangsa PBB tentang Hak-Hak Sivil dan Politik menyatakan, dasar yang menafikan kebebasan seseorang untuk mengamalkan agamanya merupakan satu kezaliman rohaniah.

“Kebebasan beragama merupakan satu konsep perundangan yang berkaitan, tetapi tidakserupa dengan, toleransi agama, pemisahan di antara agama dan negara, atau negara sekular.

“Ini kerana semua agama seluruh dunia sama ada ajaran Hindu, Buddha, Kristian, Islam dan sebagainya, mengajak manusia ke arah kebaikan. Tiada agama yang menganjurkan agar penganutnya berbuat jahat mahupun membuat kerosakan di dunia

“Bagi membuktikan semua ini, GPMS mencadangkan agar Waytha dapat hadir untuk berdebat dengan Dr. Zakir Naik,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Zakir dijadual menyampaikan syarahan bertajuk ‘Is the Quran God’s Word?’ di Stadium Hoki Bukit Jalil pada 16 April akan datang.

Justeru, Hindraf digesa untuk menyelidik dengan membuat usul periksa terhadap pihak yang bertanggungjawab sebelum membuat sebarang kenyataan yang boleh membawa kepada sentimen ketegangan keagamaan.

Ujarnya, latarbelakang Dr. Zakir seperti yang digambarkan oleh Pengerusi Hindraf, P. Waythamoorthy adalah tidak benar.

” Dr. Zakir tidak memesongkan akidah umat Islam malahan senantiasa menggunakan ayat-ayat Al-Quran dan Hadis yang sahih dalam setiap hujah dan ceramahnya.

“Beliau juga bukan sahaja boleh menghafal Al Quran, tetapi turut mengusai kitab-kitab agama lain seperti kitab bibble, Injil, Weda, Tripitaka, Bhagavad gita, bahkan telah menggerakkan hati ribuan penganut Hindu di India dan menjadi muallaf.

“Maka tidak hairanlah Dr. Zakir digelar sebagai pendakwah yang hebat pada dekat ini khususnya dalam bidang perbandingan agama kerana beliau dapat berhujah dengan berpandukan apa jua kitab-kitab agama yang ada di dunia ini,” terangnya.

Sabtu lalu, Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy menggesa agar Kerajaan Persekutuan menghalang Dr Zakir dari menyampaikan ceramah kerana mendakwa penceramah itu tidak mengamalkan aliran Ahli Sunnah Waljamaah

Dalam perkembangan sama Pengerusi Biro Hal Ehwal Islam Perkasa, Dr Amini Amir Abdullah turut mengingatkan Hindraf supaya tidak mencampuri urusan umat Islam dan menuduh pendakwah terkenal, yang pernah dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah itu, sebagai sesat tidak selari dengan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.

 Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin turut mengecam tindakan Hindraf yang menggesa supaya kerajaan membatalkan siri jelajah penceramah Dr Zakir Naik di negara ini.

Menurutnya, tindakan Hindraf membantah kehadiran Zakir ke Malaysia juga tidak kena pada tempatnya memandangkan mereka beragama Hindu dan bukannya dari aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah. .

TAGS