Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
GPMS tuntut Kementerian Sumber Manusia perjelasKan bayaran percuma pelajar ILP kaum India

GPMS tuntut Kementerian Sumber Manusia perjelasKan bayaran percuma pelajar ILP kaum India

MALAYSIADATELINEJuly 1, 2019 8:00 pm




Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) menuntut Kementerian Sumber Manusia memperjelaskan laporan berlaku diskriminasi di salah sebuah Institut Latihan Perindustrian (ILP) di bawah kementerian itu.

Presidennya Mohd Alif Anas Md Noor berkata, terdapat dakwaan pelajar kaum India dikecualikan bayaran yuran manakala pelajar kaum lain dikehendaki membayar yuran tersebut.

“GPMS menerima laporan bahawa diskriminasi telah berlaku di salah sebuah ILP kendalian Kementerian Sumber Manusia. Dimana pelajar kaum india dikecualikan bayaran yuran sebanyak RM 1800.00 manakala pelajar kaum lain dikehendaki membayar yuran tersebut.

Mohd Alif Anas Md Noor

Mohd Alif Anas Md Noor

“GPMS menuntut penjelasan daripada pihak kementerian adakah ini merupakan dasar baharu pihak Kementerian Sumber Manusia? Adakah kerana Menteri Sumber Manusia hari ini merupakan kaum India maka kelebihan itu diberi?,” soalnya dalam kenyataan hari ini.

Ini susulan tersebar satu dakwaan di media sosial salinan Memo Rujukan No: JTM/HQ/800/12-1 Jilid 2 (80) bertarikh 28 Jun 2019 daripada pihak (Ketua Pengarah JTM) Datuk (Muhd. Khair Razman Mohamed Annuar) yang dialamatkan kepada semua pengarah Institut Latihan JTM (ILJTM) memaklumkan bahawa bayaran pendaftaran bagi kursus sepenuh masa berdasarkan Program Inisiatif Meningkatkan Enrolmen Pelajar Belia India (PSMB-ILJTM) tahun 2019 akan ditaja sepenuhnya oleh pihak PSMB pada Ahad.

Meurut Adib Anas lagi, GPMS juga menuntut agar sumber pembiayaan pengecualian yuran tersebut dijelaskan oleh pihak JTM.

“Jika sumbernya dari Akaun Amanah ILJTM, maka ia adalah satu pencabulan wang rakyat dan tindakan itu satu diskriminasi yang besar.

“Tindakan ini juga dilihat telah bercanggah dengan perkara 153 perlembagaan persekutuan dimana hanya Yang dipertuan Agong sahaja mempunyai kelayakkan untuk menjaga Hak-hak kaum Bumiputera dan hak sah kaum lain dalam bidang pendidikan.

“Oleh yang demikian, Kementerian Sumber Manusia perlu menjelaskan perkara ini supaya tidak mendatangkan ketegangan diantara kaum di Malaysia,” ujarnya.

Dalam perkembangan sama Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) membuat aduan kepada Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Sumber Manusia atas dakwaan diskriminasi perkauman melibatkan pembayaran yuran di Institut Latihan Perindustrian Ledang, Johor.

Salinan aduan tersebut turut disampaikan kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Beebi Koya sebagai aduan berkaitan salah guna dana Akaun Amanah ILJTM dan PSMB.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Pelakon watak Atan & Atok uzur tidak mampu makan dan minum

Covid-19: Tengok orang mati depan mata, pesakit mengelupur bekalan oksigen dibuka

Terkini

Pendidikan yang hilang dari pandangan akibat Covid-19

Kerajaan P Pinang agih RM10 juta bantu golongan terkesan akibat PKP

Semangat mahu ke sekolah tetapi tak jadi, gadget pula tidak ada

Lebih 90% pelajar bakal tercicir kerana mahukan kecanggihan

Selepas 12 hari dirawat, Tok Pa pulih Covid-19

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production