Malaysia Dateline

GRS juga setuju sertai Kerajaan Perpaduan

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) senada dengan keputusan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk membentuk Kerajaan Perpaduan.

Pengerusinya, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, GPS akur kepada apa sahaja keputusan dan nasihat Yang di-Pertuan Agong, ¬†Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi mewujudkan Kerajaan Perpaduan demi kestabilan negara dan kesejahteraan rakyat.

GPS juga berpendirian bahawa kerajaan Persekutuan perlu dilaksanakan segera.

“GRS berpendirian bahawa penubuhan Kerajaan Perpaduan harus inklusif dan melibatkan kerajaan Sabah dan Sarawak yang diberi mandat oleh rakyat.

“Untuk memastikan negara maju ke hadapan, kita mesti mempunyai kestabilan politik demi menjamin pembangunan ekonomi ke arah kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan ringkas hari ini.

GPS pada semalam bersetuju dengan cadangan pembentukan kerajaan perpaduan kerana itu yang dihasratkan oleh Yang di-Pertuan Agong bagi menamatkan kemelut politik yang sedang melanda negara.

Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno pula sebulat suara memutuskan untuk menyokong dan menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong untuk menyokong dan mengambil bahagian dalam Kerajaan Perpaduan yang bukan diterajui oleh Perikatan Nasional bagi memastikan sebuah kerajaan yang stabil dan makmur dapat dibentuk.

HARAPAN memenangi 82 kerusi manakala rakan gabungan mereka WARISAN memenangi tiga kerusi, BN 30, GPS 22, dan GRS enam kerusi.

Baca juga: Anthony Loke mohon maaf pada GPS jika ada pemimpin DAP singgung perasaan kerajaan, rakyat Sarawak

Baca juga: Ambil ubat kemurungan dan ubat tidur, Puteri Balqis hanya reviu produk sesuai dengan umur