Gagasan Sejahtera pecah, calon Pas bertembung dengan Berjasa

Gagasan Sejahtera pecah, calon Pas bertembung dengan Berjasa

Untuk pilihan raya umum ke-14 (PRU14) ini, calon Pas bertembung dengan calon Berjasa, kedua-duanya daripada Gagasan Sejahtera di dua kerusi, satu kerusi Dun dan satu kerusi Parlimen.

Melalui semakan senarai calon PRU14, didapati untuk kerusi P. 078 Parlimen Cameron, Pahang, calon Pas Cikgu Wan Mahazir akan bertembung dengan calon Berjasa Ustaz Tahir, selain dua calon lain daripada PKR dan Barisan Nasional (BN) bagi pertandingan empat penjuru.

Calon PKR adalah Manogaran dan calon BN pula ialah Datuk Sivarraajh Chandran.

Bagi kerusi Dun N. 07 Batu Kurau, Perak, calon Pas, Ustaz Shahir Hassan bertembung dengan calon Berjasa, Zainal Abidin Hj. Abd Rahman, selain dua calon lain daripada PKR dan BN untuk pertandingan yang juga empat penjuru.

Calon PKR adalah Muhamad Aiman Aizuddin, manakala calon BN adalah Datuk Dr. Muhammad Amin Zakaria.

 

6.0
OVERALL SCORE
: 6.0
3 user votes x 6.0
CATEGORIES
TAGS