GST dihapus, PH ada cara tampung dana

GST dihapus, PH ada cara tampung dana

Penyandang kerusi Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, Pakatan Harapan (PH) akan mempunyai cara untuk menampung perbelanjaan negara selepas cukai barang dan perkhidmatan (GST) dihapuskan.

Beliau yang juga Pengarah Komunikasi AMANAH berkata, kaedah itu adalah melalui usaha membanteras rasuah dan mengurangkan ketirisan.

Menurutnya, kehilangan hasil kutipan cukai enam peratus itu juga akan ditampung dengan pentadbiran kewangan telus yang akan mengurangkan bayaran faedah tahunan untuk hutang negara.

Selain itu, jelasnya, melalui rasionalisasi cukai dengan pengenalan cukai ke atas keuntungan jual beli saham dan cukai jualan dan perkhidmatan.

Dipetik daripada catatannya di Facebook semalam, kontrak-kontrak yang berat sebelah juga akan dirundingkan semula serta harta daripada jenayah rasuah yang terlibat dalam skandal-skandal besar akan dirampas.

“Saya tidak nampak ada masalah yang meruncing untuk menggantikan sumber pendapatan dari GST yang dihapuskan.

“Pokoknya, secara moralnya GST perlu dihapuskan dan kita ada potensi penjimatan yang cukup untuk menampung kekurangan hasil apabila GST dihapuskan kelak,” jelasnya lagi.

PH pada 14 Julai 2017 berikrar menghapuskan GST yang mula dikuatkuasakan 1 April 2015 itu dalam tempoh 100 hari pertama selepas mendapat mandat di Putrajaya.

Gabungan empat parti PKR, AMANAH, Bersatu dan DAP itu juga mengumumkan untuk menstabilkan harga petrol, memberi fokus kepada usaha meringankan beban rakyat dan memulakan proses reformasi institusi secara menyeluruh.

Turut dilaksanakan PH memerangi rasuah hingga ke akar umbi, menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta memulihkan Felda.

7.5
OVERALL SCORE
: 6.0
1 user vote x 9.0
CATEGORIES
TAGS