GTA dan demokrasi partisipatori di Malaysia

Oleh NASUHA RAHMAN

Berita Gerakan Tanah Air (GTA) mengemukakan permohonan rasmi penubuhannya sebagai sebuah gabungan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) mendapat liputan meluas di media arus perdana.

Menerusi satu kenyataan, Ketua Penerangan GTA, Datuk Nizam Mahshar berkata, segala dokumen diperlukan telah diserahkan kepada JPPM pada jam 10 pagi tadi bagi memenuhi semua kehendak pendaftaran.

Jelas Nizam biarpun GTA adalah gerakan rakyat dan gabungan orang Melayu namun proses itu dilakukan bagi melayakkan ia bertanding pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Pada 4 Ogos lalu, bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad mengumumkan penubuhan gerakan berasaskan Melayu dan Islam yang dinamakan GTA.

GTA dan demokrasi partisipatori di Malaysia

Mahathir selaku pengerusi GTA berkata, gerakan itu akan menentang kerajaan yang disifatkan sebagai mementingkan diri pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Gabungan itu terdiri daripada empat parti Melayu – Pejuang, Parti Perikatan India Muslim Nasional (Iman), Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) dan Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), NGO serta orang perseorangan.

Jika kepada penerangan daripada media arus perdana dapat GTA tidak seperti Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) atau Muafakat Nasional (MN) yang merupakan gabungan parti-parti politik.

GTA terdiri daripada gabungan parti politik dan NGO dan jika pendaftaran ini diluluskan GTA secara rasmi menjadi sebuah NGO dianggotai oleh parti politik dan NGO yang berada di bawahnya.

Ini merupakan sesuatu yang unik kerana GTA membawa arus baharu ke arah politik partisipatori atau demokrasi parisipatori, memainkan peranan NGO turun ke arah akar umbi mendekati dan keprihatinan terhadap masalah rakyat dan kesusahan mereka.

Adalah diharapkan NGO main peranan aktif dalam GTA di mana aktivis NGO akan menghampii rakyat dengan lebih dekat dan akrab. Segala kesulitan dan kepayahan masyarakat dan komuniti dirasai secara langsung kerana penyertaan NGO.

Ini adalah kerja-kerja hakiki NGO. Parit-parti politik tidak boleh melakukan kerja-kerja ini kerana cenderung politik. Tetapi jika NGO yang bermotif politik kepartian totok dan berselindun di sebalik program-program yang dilakukan maka GTA akan gagal sebagai sebuah NGO yang ingin membantu rakyat.

Sebenarnya kehadiran pemimpin dan aktivis masyarakat dalam NGO tidak memerlukan kapet merah atau dihiasi bunga manggar, tidak perlu dibuat upacara rasmi seperti ahli politik dalam politik representasi yang bergambar memberikan bantuan untuk disiarkan media arus perdana dengan kepentingan tertentu.
.
GTA melalui NGO boleh menggerakkan langkah-langkah positif bagi merangsangkan perwakilan kumpulan minoriti atau terpinggrir supaya soalan mereka didengari dan dirujuk sebagai rakyat yang mengundi.

Dalam hubungan ini demokasri representasi (perwakilan) dalam Parlimen tidak lagi merupakan model terbaik sistem demokrasi sekarang.

Ini kerana kalangan ahli Parlimen yang dipilih rakyat dalam kebanyakan tindakan tidak bertindak mewakili rakyat yang memilih mereka seolah-olah rakyat dibungkamkan.

Representasi ahli poliik yang dipilih rakyat ini cenderung kepada kepentingan keluarga, asabiyah parti, kelompok dalam parti, selalu mementing kepentingan perniagaan untuk mengayakan dengan cara yang cenderun kepada rasuah tanpa merujuk kepada rakyat.

Rakyatlah yang sepatutunya menjadi raja dan ahli parlimen ini menjadi hamba kepada rakyat bukan dipuja dan dipuji menadah tangan mohon bantuan pada ahli parlimen.

Ini kerana ahli parlimnen dan dewan undangan negeri ini diundi oleh rakyat maka mereka itu adalah yang berada di atas dan ahli Parlimen berada di bawah mengikut telunjuk rakyat.

Kefahaman mudah bagi sistem representasi berparlimen adalah mewakili rakyat yang minta diwakilkan.

Seperti yang saya tuliskan sebelum ini di sebuah media online, dalam hal ini terdapat tiga konsep berkaitan dengan representasi iaitu pertama, pictorial representation, mereka yang dipilih untuk mewakili rakyat harus mengikut kehendak yang diwakilinya.

Kedua, theatrical representation, wakil yang dipilih harus menafsirkan, berbicara dan bertindak bagi pengundi yang diwakilinya.

Ketiga, juridical representation, wakil yang dipilih harus bertindak atas nama yang mereka wakilinya dengan persetujuan demi kepentingan Bersama,

Ketiga-tiga konsep di atas terasa asing bagi kebanyakan ahli politik kita. Bagaimana dengan tindakan pengkhianatan melompat parti dan menubuhkan kerajaan yang sebagai mempersendakan konsep bernegara dalam demokasi representasi?

Permasalahannya konsep representasi menumpukan kepada ahli politik tetapi kepada rakyat yang mengundi mereka. Seolah-olah peranan rakyat adalah mengundi sesudah menang ucap terima kasih dan dilupakan.

Demokrasi tidak harus tertumpu kepada pilihan raya dan undi setiap empat atau lima tahun sekali, ini tafsiran yang mengelirukan dan diselewengkan oleh pihak yang tidak sebar mahukan PRU-15 diadakan dengan segera.

Adakah keputusan ini merujuk kepada rakyat. Bagaimana hendak mengukurnya? Di manakah suara rakyat? Banyak perkara yang dikaitkan kepentingan ahli politik dan memainkan sentimen rakyat.

Kefahaman sebenar demokrasi merupakan partisipasi, penyertaan atau penglibatan masyarakat dan komuniti yang merupakan komponen rakyat.

Masalahnya sekarang kekuasaan dalam demokrasi representasi tidak terletak kepada masyarakat dan komuniti umpamamya tetapi di bawah naungan parti di mana kekuasaan diputuskan oleh sekelompok elit oligarki yang tidak memiliki kepentingan untuk memajukan demokrasi.

GTA boleh merintis ke arah demokrasi gabungan antara partisipatori dan representasi dalam sistem berparlimen di negara ini supaya wujud “check and balance”.

Demokrasi partisipatori harus berdasarkan aspirasi masyarakat dengan mengutamakan nilai-nilai masyarakat dalam mengambil sesuatu langkah dan membuat ketentuan yang dilandasi oleh semangat kebersamaan dalam melaksanakan suatu keputusan politik.

Partisipasi atau penglibatan daripada kumpulan NGO yang juga harus juga terdiri daripada pekerja, kumpulan warga, golongan profesional, tetapi bukannya sekadar partisipasi politik secara dalam talian.

Jika GTA meniti laluan politik partispasi ia adalah organisasi yang bukanlah setanding gabungan politik di atas, ia berada di atas kepompong politik dan berfikiran kenegaraan dan universal dan ia adalah kelebihan unggul dalam menyaingi mereka yang berada di bawah payung parti politik, membawa partisipasi atau penglibatan daripada pertubuhan, rangkaian, organisasi, pertubuhan, persatuan dan kumpulan organisasi NGO.

Adalah diharapkan terdapat ramai calon NGO yang bertanding di bawah GTA dalam pilihan raya nanti.

Baca juga: Burger tepi jalan RM4, mahal ke? Lelaki ini bongkar berapa modal untuk 1 biji burger