Guan Eng cabar Ku Nan bahas Pulau Pinang jadi Wilayah Persekutuan

Guan Eng cabar Ku Nan bahas Pulau Pinang jadi Wilayah Persekutuan

Ketua Menteri Pulau Pinan Lim Guan Eng hari ini mencabar Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk berbahas secara terbuka berhubung cadangan menjadikan Pulau Pinang sebagai sebahagian daripada Wilayah Persekutuan.

Lim berkata beliau terbuka untuk mengadakan perbahasan secara umum mengenai cadangan itu dan berharap ia dapat disiarkan secara langsung di stesen televisyen tempatan.

“Kami nak tahu kenapa nak jadikan Pulau Pinang sebagai sebahagian Wilayah dan bukan negeri-negeri lain yang lebih miskin seperti Sabah dan Kelantan.

“Adakah mereka juga akan jadi sebahagian Wilayah?,” soalnya.

Beliau bagaimanapun sekali lagi menegaskan bahawa pihaknya tetap akan menolak cadangan Tengku Adnan itu.

Rabu lalu, Tengku Adnan mencadangkan perluasan kawasan Wilayah Persekutuan merangkumi Pulau Pinang, Langkawi dan sebahagian Melaka.

Negeri berkenaan akan diletak di bawah pentadbiran Putrajaya secara langsung dan bakal mendapat lebih peruntukan serta perhatian daripada Kerajaan.

TAGS