Malaysia Dateline

Guan Eng tidak kekok makan bersila dengan juadah di dalam dulang ketika hadir pada majlis berbuka puasa di Kepala Batas

Guan Eng duduk bersila makan berdulang di majlis iftar Kepala Batas

Lali dengan kritikan segelintir pihak yang mempersoalkan kehadiran beliau pada majlis berbuka puasa di masjid dan surau, ketua menteri Pulau Pinang tetap menerima undangan berbuka puasa dari masyarakat Islam negeri itu.

Malah pada 21 Jun lalu, Guan Eng dirakam berbuka puasa bersama penduduk Islam di Kepala Batas dengan bersila dan makan berkumpulan dengan juadah yang dihidang di dalam dulang.

Majlis berbuka puasa itu dianjurkan Pejabat Pegawai Penyelaras Khas Parlimen Kepala Batas, Lay Hock Peng.

Majlis itu dihadiri masyarakat berbilang kaum dan menyediakan 100 meja untuk hadirin berbuka puasa.

Guan Eng turut beramah mesra dengan masyarakat setempat.

Hampir semua pegawai penyelaras kawasan dewan undangan negeri (PPK), ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), wakil-wakil parti komponen Pakatan Harapan hadir pada majlis itu.

Hadir sama ahli parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim dan penolong setiausaha DAP Wanita Kebangsaan, Young Syefura Othman (Rara).

Guan Eng menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada penduduk dengan diiringi Rara dan Steven Sim (dua dan satu dari kanan).