Guan Eng gesa Najib beri penjelasan skandal RM9.4bilion SSER

Guan Eng gesa Najib beri penjelasan skandal RM9.4bilion SSER

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hari ini mengarahkan pegawainya membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu syarikat Suria Strategic Energy Resources Sdn Bhd (SSER) minggu lalu.

Beliau turut meminta Datuk Seri Mohd Najib Razak menerangkan mengapa beliau membenarkan transaksi melibatkkan SSER berlaku.

Beliau juga meminta bekas pengerusi SSER yang juga bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan untuk mengakui bahawa beliau menandatangani perjanjian yang terlampau berat sebelah dan menggugat kepentingan rakyat dan kerajaan.

 

“Kementerian Kewangan selaku pemilik SSER akan mengambil langkah untuk mengambilalih syarikat berkenaan sementara menunggu siasatan dijalankan.

“Ahli Lembaga Pengarah dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Irwan Serigar terutamanya perlu menjawab mengapa SSER telah menandatangani satu perjanjian yang berat sebelah dan menggugat kepentingan rakyat dan negara.

“Saya juga mengalukan bekas Perdana Menteri yang juga bekas Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak untuk menerangkan mengapa dan bagaimana beliau boleh meluluskan transaksi berkaitan SSER ini,” katanya dalam kenyataan.

Guan Eng merujuk kepada skandal RM9.4 bilion yang melibatkan projek Multi-Product Pipeline (MPP) dan Trans-Sabah Gas Pipeline (TSGP).

Mengulas lanjut, Guan Eng berkata, kerajaan juga akan mendapatkan bantuan kerajaan China untuk menjejak kembali segala pengaliran wang tunai di negara China bagi menyiasat kebarangkalian berlakunya pengubahan wang haram membabitkan skandal SSER itu.

Beliau turut dimaklumkan pegawai Perbendaharaan bahawa SSER berkait rapat dengan orang yang sama di belakang SRC International, yang sebelum ini merupakan satu anak syarikat 1MDB.

“Nama penuh SRC sendiri adalah Strategic Resources Corporation, hampir sama dengan SSER. Kontrak-kontrak SSER ini juga telah ditandatangani oleh Tan Sri Irwan pada masa yang sama dengan kontrak Laluan Rel Pantai Timur (East Coast Rail Link) yang juga dibiayai dengan pinjaman daripada China EXIM Bank.

“Presiden SSER adalah Datuk Mohammed Azhar bin Osman Khairuddin yang juga ahli lembaga pengarah syarikat. Beliau juga adalah ahli lembaga pengarah bagi Putrajaya Perdana Sdn Bhd, satu syarikat yang mempunyai kaitan langsungdengan Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low,” katanya.

Semasa satu taklimat bertarikh 28 Mei 2018, SSER telah melaporkan kepada pegawai-pegawai Penbendaharaan yang projek-projek sudah bermula pada bulan

April 2017 dan ia akan memakan masa 3 tahun untuk siap. Pihak Perbendaharaanjuga diberitahu syarikat yang hanya 14.5% kerja bagi MPP dan 11.4% kerja bagi TSGP sudah siap pada akhir bulan Mac 2018, iaitu setahun selepas permulaan projek. Kemajuan kerja yang dilaporkan belum lagi diaudit ataupun disahkan.

Walau bagaimanapun, RM4.71 bilion telah dibayar kepada CPPB untuk projek MPP dan RM3.54 bilion untuk projek TSGP. Ini adalah satu yang memeranjatkan kami di Perbendaharaan. (Lihat jadual pembayaran yang disertakan) Jumlah sudah dibayar RM8.25 bilion merupakan 87.7% daripada nilai keseluruhan projek. Ini perlu dibandingkan dengan purata kemajuan kerja 13% di mana projek ini perlu disiapkan dalam masa 2 tahun lagi.

“Kami mendapat tahu yang hampir keseluruhan jadual pembayaran bagi kedua-duakontrak berdasarkan timeline milestone(pencapaian masa) dan bukannya berdasarkan kemajuan kerja yang progressif (progressive work completion
milestones).

“Yang lebih memburukkan lagi, 85% daripada nilai projek-projek iniperlu dibayar pada 1 Mac 2018. Pembayaran ini belum lagi mengambil kira 2 penjanjian konsultansi yang masing-masing
bernilai RM312 juta dan RM213 juta, serta satu perjanjian penyelenggaraan RM476 juta yang diberikan kepada syarikat-syarikat daripada negara China.

“Inimerupakan tambahan kos sebanyak RM1.0 billion. Kontrak-kontrak ini telah dirundingkan oleh Jabatan Perdana Menteri tanpapenglibatan Perbendaharaan. Jabatan Peguam Negara juga telah menyatakan kontrak-kontrak ini telah ditandatangani tanpa mengira pelbagai soalan dan red flags yang ditimbulkan oleh pegawai-pegawai perundangan kerajaan persekutuan,” jelasnya.

8.0
OVERALL SCORE
: 8.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS