Guan Eng kecam keras Presiden AS iktiraf Baitulmaqdis ibu negara Israel

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Lim Guan Eng mohon maaf bagi pihak DAPKetua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengecam sekeras-kerasnya pengumuman Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Tegasnya, kenyataan yang dibuat Trump itu jelas bertentangan dengan undang-undang antarabangsa dan resolusi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

“Tindakan Donald Trump itu harus dikecam oleh semua pihak yang mahukan keamanan.

“(Dan) saya berharap Perdana Menteri boleh sampaikan keresahan dan kemarahan rakyat Malaysia berhubung tindakan Donald Trump itu,” ujarnya pada sidang media di Georgetown, semalam.

Guan Eng dalam pada itu turut berharap AS dapat menarik balik pengisytiharan itu.

“Kenyataan Donald Trump bukan sahaja akan menimbulkan ketegangan, malah juga mungkin boleh menyebabkan satu lagi peperangan dan ini pastinya tidak membantu (usaha) membanteras ancaman pengganas.

“Oleh itu sebagai Ketua Menteri Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP, saya mengecam sekeras-kerasnya pengumuman yang dibuat oleh pemimpin itu,” ujarnya.

CATEGORIES
TAGS