Guan Eng pertahan Dun Air Putih, Parlimen Bagan, 2 calon Melayu wakili DAP P. Pinang

Desas-desus yang mengatakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tidak akan bertanding tidak benar setelah beliau disahkan akan kekal mempertahankan kerusi Dun Air Putih dan Parlimen Bagan yang disandangnya dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang lalu.

Pengumuman yang dibuat oleh Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow juga membariskan senarai 26 calon bagi kerusi Dun dan juga Parlimen bagi Pulau Pinang.

Jelasnya lagi, lapan muka baru ditonjolkan sebagai calon dalam PRU14 kali ini.

Daripada lapan muka baru tersebut katanya, enam adalah Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang manakala dua lagi adalah Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai.

Ujarnya lagi, Syerleena Abdul Rashid yang juga merupakan Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai adalah calon muda yang telah diberikan amanah untuk bertanding bagi kerusi Seri Delima.

Manakala bekas Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari tidak lagi mempertahankan kerusi beliau disitu, sebaliknya diberi mandat untuk bertanding bagi kerusi Dun Tanjung Bungah pada kali ini.

Bagi kerusi Dun Bagan Dalam ia akan ditandingi oleh M.Satees dan Dun Berapit pula oleh pembantu khas kepada Ketua Menteri, Heng Lee Lee.

“Untuk kerusi Dun Jawi ia akan diwakili oleh H’ng Mooi Lye serta Dun Pulau Tikus oleh Lee Chun Kit.

“Kerusi Dun Pengkalan Kota akan ditandingi oleh Gooi Zi Sen serta Ong Ah Teong akan bertanding untuk kerusi Batu Lanchang.

“Ng Soon Siang akan bertanding di kerusi Dun Air Itam dan Soon Lip Chee akan berpindah ke Dun Bagan Jermal pada kali ini, ” ujarnya.

Calon-calon DAP yang akan bertanding bagi kerusi Dun dan Parlimen di Pulau Pinang.

Menurut Chow Kon Yeow lagi, bagi kerusi Dun Batu Lanchang ia akan ditandingi oleh Ong Ah Teong.

“Zi Sen akan bertanding bagi kerusi Pengkalan Kota dan M satees akan bertanding kerusi Dun Bagan Dalam.

“Selain daripada itu 12 Adun yang telah memenangi PRU13 yang lalu akan kekal bertanding di kerusi yang sama dalam PRU14 kali ini.

“Ini termasuklah Phee Boon Poh yang juga merupakan bekas exco kebajikan yang akan bertanding di kerusi Dun Sungei Puyu,” tegasnya.

Syerleena Abdul Rashid adalah antara muka baru yang diletakkan sebagai calon di Dun Seri Delima oleh DAP di Pulau Pinang.

Chong Eng akan kekal di kerusi lamanya iaitu di Padang Lalang, Timbalan Ketua Menteri II, Prof P Ramasamy bagi kerusi Dun Perai dan Teh Lai Heng bagi kerusi Dun Komtar.

Sementara itu, Jagdeep Singh Deo yang merupakan bekas Exco Perumahan akan bertanding di kerusi Dun Datuk Keramat dan Sungai Pinang oleh Teh Lai Heng.

Kerusi Dun Paya Terubong akan ditandingi oleh Yeoh Soon Hin dan Chow Kon Yeow akan kekal bertanding di kerusi lamanya di Padang Kota.

Parlimen Bukit Gelugor akan diwakili olehj Ramkarpal Singh, Bukit Mertajam oleh Sim Chee Keong, Batu Kawan ditandingi oleh Kasthuriraani Patto, Tanjong akan ditandingi oleh Chow Kon Yeow dan Jelutong oleh RSN Rayer.

Wong Hon Wai akan menggantikan tempat Zairil Khir Johari apabila ia bertanding bagi kerusi Parlimen Bukit Bendera.

CATEGORIES