Guan Eng rakam penghargaan atlet P.Pinang raih 43 pingat Sukan Sea KL2017

Guan Eng rakam penghargaan atlet P.Pinang raih 43 pingat Sukan Sea KL2017

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng merakamkan penghargaan kepada barisan atlet Pulau Pinang yang berjaya menyumbang 22 pingat emas, pingat perak (4) dan pingat gangsa (7) kepada skuad kebangsaan Malaysia dalam temasya Sukan Sea ke-29 di Kuala Lumpur.

“Atlet Pulau Pinang yang menyertai skuad kebangsaan seramai 55 orang dan menyumbang 43 pingat kepada Malaysia.

“Kita tentunya beraa bangga dengan pencapaian semua atlet khususnya dari Pulau Pinang.

“Syabas  kepada semua atlet yang telahpun mengharumkan nama Malaysia ketika kita akan menyambut ulang tahun hari kebangsaan ke-60 pada 31 Ogos ini,” ujarnya yang juga Setiausaha Agung DAP dalam sidang media yang diadakan di Komtar hari ini.

{loadposition myposition}

CATEGORIES