Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Guan Eng tidak pengerusikan mesyuarat TH, hanya hadir pendengaran Rahmatan Lil ‘Alamin

Guan Eng tidak pengerusikan mesyuarat TH, hanya hadir pendengaran Rahmatan Lil ‘Alamin

oleh AKMAL MANAFFebruary 19, 2020 5:30 pm




Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri hari ini, menafikan sekerasnya penularan gambar menunjukkan kononnya Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mempengerusikan mesyuarat berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH).

Menurut kenyataan Pejabat Menteri (Agama), gambar yang tular itu adalah salah satu sesi kunjung hormat yang dilakukan Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa bersama Timbalan Ketua Pengarah Dasar JAKIM dan Pengarah Bahagian Maqasid Syariah JAKIM.

“Ia bertujuan memberi penerangan tentang gagasan Rahmatan Lil ‘Alamin yang dibawa pentadbiran Islam pada hari ini.

“Kunjungan tersebut diadakan pada 18 Februari lalu dan tuduhan yang dibuat sangat tidak berasas dan tidak bertanggungjawab.

“Ingin ditegaskan, menurut Akta Tabung Haji 1995, Menteri yang bertanggungjawab ke atas TH ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menguruskan hal ehwal agama Islam dan bukannya Menteri Kewangan,” maklum kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, penyebaran gambar tersebut dilihat disengajakan yang bertujuan sempit bagi menyebarkan kebencian kaum dan agama di negara ini.

“Satu laporan polis telah pun dibuat oleh Pegawai Tugas-tugas Khas II, Encik Ali Muda ekoran penularan gambar tersebut,” katanya.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak mempercayai sebarang penularan berita palsu yang dilakukan individu tidak bertanggungjawab.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Negara lain juga darurat, tapi tak gantung fungsi Parlimen

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Terkini

Covid-19: Apa Muhyiddin dapat buat dengan kuasa mutlaknya, soal Mahathir

Menteri Pendidikan tiada kepimpinan, bimbang wujudnya ‘generasi ketinggalan’

Keazaman untuk tidak berubah (Bahagian 1)

Mahfuz desak kerajaan perjelas isu projek rundingan terus lebih RM100 juta

Rakyat kecam Muhyiddin ulang apa yang dibentang dalam Belanjawan 2021

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production