Malaysia Dateline

Guan Eng tinggalkan pejabat

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng meninggalkan pejabatnya di Kementerian Kewangan, Putrajaya sekitar jam 7.56 malam tadi dengan menaiki kenderaan rasmi.

Kenderaan yang dinaiki Setiausaha Agung DAP itu dilihat keluar melalui kawasan parkir ruang bawah tanah dan bukan menerusi pintu utama, lapor Buletin TV3 tadi.

Bagaimanapun, usaha media untuk mendapatkan komen beliau mengenai desas-desus pertukaran kerajaan susulan beberapa pertemuan yang berlangsung hari ini juga gagal.

Difahamkan, Guan Eng memasuki pejabatnya pada jam 3.39 petang tadi.