Guan Eng, Wan Azizah sambut Najib tinjau mangsa banjir

Guan Eng, Wan Azizah sambut Najib tinjau mangsa banjir

Datuk Seri Wan Azizah menyambut kehadiran Datuk Seri Mohd Najb Razak yang turut sudi meninjau mangsa banjir di Parlimen Permatang Pauh.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menyambut kedatang Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor untuk meninjau banjir berlaku di Pulau Pinang hari ini.

Penerbangan dari Kuala Lumpur itu tidak di Lapangan Terbang Tentera Udara di Telok Ayer Tawar jam 10.15 pagi tadi.

Guan Eng dan isteri Betty Chew tiba bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Farizan Darus pada jam 9.35 pagi untuk menyambut kehadiran Najib dan beberapa menteri kabinet.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.

Guan Eng  meninjau kawasan teruk dilanda banjir bersama pimpinan dalam Pakatan Harapan antara Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang turut sama dalam taklimat banjir yang diadakan di Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (kiri) mengiringi lawatan Datin Rosmah Mansor meninjau pusat bantuan mangsa banjir .

Hampir sebahagian daripada daerah di Pulau Pinang dilanda banjir sejak Sabtu lalu, menenggelamkan hampir semua kawasan dengan jumlah mangsa meningkat kepada kira-kira 4,000 dan tujuh mangsa dilaporkan terbunuh.

Menurut Jabatan Meteorologi, fenomena hujan lebat itu dijangka berterusan sehingga Februari di kebanyakan bandar di negeri utara pantai barat.

Semalam Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tiba di Pulau Pinang bagi meninjau dengan dekat keadaan banjir negeri itu, disambut mesra oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng dan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang.

6.3
OVERALL SCORE
: 9.0
2 user votes x 5.0