Gubal segera undang-undang tangani kebencian kaum, agama

Gubal segera undang-undang tangani kebencian kaum, agama

 

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) disanrankan agar menimbang pengubalan akta menghalang tuduhan dan menimbulkan kebencian berasaskan agama dan kaum di negara ini.

Saranan itu dilontarkan Pengerusi Biro Antarabangsa AMANAH Senator Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah yang berpendapat, kebebasan bersuara di bawah Kerajaan PH kelihatan makin di salahguna oleh sesetengah pihak untuk menyemai kebencian terhadap Kerajaan yang telah membuka pintu untuk pandangan yang sihat serta matang.

“Selepas setahun kerajaan PH membenarkan lebih keterbukaan dalam media, ianya kelihatan makin banyak di salah gunakan.

“Malaysia baru sahaja mengimbas kembali 50 tahun ulang tahun peristiwa rusuhan hitam tragedi “13 May”. Sudah tentu kita tidak patut membenarkan suasana yang boleh menjurus ke arah suasana tersebut ujud semula di Negara kita .

“Malangnya beberapa hari selepas tarikh 13 Mei, ISMA telah memburukkan nama Kerajaan PH dengan membuat tuduhan sensitif “Islam di buli” melalui isu stem Pos Malaysia yang mempunyai gambar Gereja.

“Mengapakah bila POS Malaysia menggunakan gambar Gereja di setem Islam di buli ? Dan isu ini di kaitkan pula dengan Pemerintahan Kerajaan PH dan kononnya kerana tindakan tersebut orang asing akan fikir Malaysia Negara Kristin.

“Anehnya Presiden ISMA tidak pula berfikir orang Islam di buli pada tahun 2016 apabila setem ini mula di keluarkan ?

“Kenapa kah 3 tahun kemudian apabila setem yang sama di keluar oleh pihak yang sama dalam Negara yang sama pada waktu pemerintahan Kerajaan PH memerintah ianya tiba-tiba menjadi “kontroversi” kepada Presiden ISMA?

“Apakah hujah dan lojik pemikiran beliau ? Adakah ianya kerana semata mata ia berlaku waktu Kerajaan PH dan segala perbuatan menjadi tidak betul?,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Raja Bahrin jika PH tidak mengawal dengan undang-undang kebarangkalian Malaysia akan menjadi seperti negara Indonesia dan New Zealand apabila kemarahan dan kebencian yang disebarkan melalui sosial media telah mencetuskan rusuhan di negara tersebut.

Katanya lagi apa jua kebebasan perlu digunakan dengan penuh tanggung jawab serta kematangan. Tidak ada kebebasan mutlak tanpa batasan yang boleh di benarkan untuk memporak perandakan Negara

“Keganasan yang berlaku di jalanan di Indonesia kerana isu politik selepas pilihanraya umum adalah contoh yang patut diambil iktibar.

“Pihak berkuasa Indonesia terpaksa menyekat sebahagian dari sistem sosial media selepas enam orang telah terbunuh dan beratus cedera dalam rusuhan.

“Isu sensitif yang menimbulkan kemarahan dan kebencian yang di sebarkan melalui sosial media telah mencetus rusuhan tersebut.

“Beberapa insiden hitam baru-baru ini termasuk pembunuhan 50 umat Islam di dalam Masjid di New Zealand yang menggunakan media- internet untuk menyebar kebencian dan juga menyiarkan pembunuhan secara live- streaming adalah di antara kes yang tidak boleh di terima dunia,” ujarnya.

Tambahnya lagi, Negara Barat yang terkenal dengan kebebasan yang luas telah sedar bahaya yang melanda kesan salahguna media yang boleh mencetus keganasan dan kekacauan.

“Beberapa hari lepas Negara negara Barat utama Dunia telah berkumpul di Paris, Peranchis untuk membincang dan mengujudkan undang-undang mengawal penyebaran berita menghasut ke arah kebencian Agama dan kaum.

“Sesuatu perlu di lakukan sebelum ianya menjadi lebih parah.

“Dunia antarabangsa telah bergerak kearah itu dan demi menjaga ketentraman dan keamanam Negara berbilang Agama dan bangsa seperti Malaysia, memang wajar pertimbangan serius di beri ke arah itu,” ujarnya.