Guna 4 bahan sahaja untuk buat pewangi rumah! Bau macam dekat lobi hotel

Oleh MAISARAH AISYA

Bila masuk rumah sahaja kadang-kadang mesti tak selesa sebab ada macam-macam bau, rasa malu bila tetamu tiba-tiba datang.

Kalau nak beli pewangi rumah yang ada di pasaran tu rasa macam mahal sangat, tambah kalau rumah besar.

Bagi yang nak buat pewangi rumah tapi tak mahu berbelanja lebih maka boleh cuba ikuti tips di bawah.

Ikuti perkongsian pengguna TikTok, @ericalasri mengenai cara-cara untuk buat pewangi rumah sendiri.

DIY pewangi rumah

@ericalasri

Ada macam-macam cara orang duk buat. Yang ni cara aku lah. Aku buat yang mudah je. Setakat ni jadi je. Masuk je rumah bau fresh & mahal ala ala bau hotel 5 ⭐

♬ Sweet but psycho(抖音完整版) – 苏瞳

Bahan-bahan:

  • Pewangi dan pelembut pakaian (Downy)
  • Garam kasar
  • Kulit kayu manis
  • Bunga cengkih

Cara-cara:

  1. Masukkan garam kasar dalam bekas, kuantiti tak perlu banyak.
  2. Masukkan kulit kayu manis dan cengkih, pun tak perlu banyak sangat.
  3. Tuang pewangi pakaian. Siap!
  4. Dah tuang akan semerbak harum, kalah pewangi rumah yang selalu kita beli.

Kalau nak nampak cantik, beli sahaja bekas plastik atau kaca di kedai eco, murah dan jimat serta kelihatan kemas.

Baca juga: Pelik boleh terlepas pandang, kedai serbaneka popular teruk dikecam selepas jual stoking lambang kalimah Allah