Guna alasan pekerja dimaki, wanita berang pemilik restoran tak faham situasi

Oleh KIM SYAZIE

Sebelum ini tular mengenai pelanggan yang berkongsi pengalaman tidak menyenangkan di restoran sorang pelawak Malaysia.

Sudahlah terpaksa bayar lebih malah memesan makanan sehari awal namun apabila sampai makanan hanya tiba selepas dua jam mereka di situ.

Tidak berpuas hati, pelanggan tersebut memuat naik hantaran di Twitter namun dibalas dengan sikap acuh tak acuh pemilik kedai.

Melihat caranya yang menyalahkan pelanggan, seorang pengguna Twitter luah rasa tak puas hati dengan caranya itu.

“Aku tak berkenan betul dengan dengan pemilik yang bila nak perjelas cerita daripada pihak dia, dia boleh pula buka cerita lain.

“Aku tak cakap pelanggan selalu betul tapi dalam situasi ini aku rasa memang layak seseorang tu untuk marah.,” ujar @Hopeily.

Wanita itu juga menambah bagaimana perasaan kecewa seseorang yang menghabiskan masa dengan menunggu lama, dapat pula makanan yang tak sedap.

“Jadi aku faham dia rasa kecewa, Pelanggan tu pun nampak gaya mencarut dekat situasi dan tak tuju dekat staf pun,” tambahnya lagi.

Restoran yang menyediakan tempahan awal seharusnya lebih peka dengan situasi bukan sekadar layan pelanggan acuh tak acuh.

Baca juga: Pengemis siap pakai bulu mata dan warna kuku, netizen pula rasa lebih susah daripada dia