Guna aset ATM: Mat Sabu akan hantar notis tuntutan ke atas dakwaan KJ

Guna aset ATM: Mat Sabu  akan hantar notis tuntutan ke atas dakwaan KJ

Menteri Pertahanan Mohamad Sabu kesal dengan kenyataan fitnah yang dikeluarkan Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin Abu Bakar ketika berkempen pada Pilihan Raya Kevil (PRK) Cameron Highlands semalam.

Kementerian itu dalam satu kenyataan oleh Setiausaha AkhbAr kepada Menteri Pertahanan, Amin Shah Iskandar berkata, Peguam peribadi kepada menteri pertahanan akan menghantar notis tuntutan kepada Khairy dalam jangkamasa terdekat.

Khairy Jamaluddin Abu Bakar

“Bekas ketua Pemuda Umno itu mengeluarkan kenyataan fitnah yang mengatakan menteri pertahanan menggunakan jentera Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ketika berkempen untuk Pakatan Harapan (PH) sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) di Cameron Highlands.

“Khairy berkata demikian dalam satu sidang mediadi Kampung Orang Asli Sungai Ruil di Brinchang semalam, b seperti dilaporkan media atas talian.

“Kenyataan Khairy itu dilaporkan oleh portal atas talian Malaysiakini dalam berita berbahasa Inggeris yang bertajuk “KJ: It’s clear, Harapan doesn’t practice what it preaches on gov’t asset use” dan berita berbahasa Melayu bertajuk “PH cakap tak serupa bikin, guna jentera kerajaan – KJ”.

“Khairy terus mengeluarkan kenyataan fitnah ini walaupun Kementerian Pertahanan sudah pun menjelaskan mengenai perkara ini dalam satu kenyataan pada 15 Januari 2019 yang lalu,” ujar kenyataan itu.

Sebelum ini tular dua keping gambar di media sosoal yang mendakwa Menteri Pertahanan yang juga Ahli Parlimen Kota Raja itu mengunakan kenderaan rasmi kerajaan untuk berkempen.

Kementerian Pertahanan dalam kenyataan, pada 15 Januari, menjelaskan gambar pertama yang memaparkan Mohamad Sabu berjalan dengan berlatarbelakangkan helikopter berlaku ketika lawatan rasmi beliau sebagai Menteri Pertahanan ke Kem Slim, Cameron Highlands pada Rabu, 9 Januari 2019.

Manakala gambar kedua yang memaparkan beliau hadir pada hari penamaan calon PRK Cameron Highlands adalah pada hari Sabtu, 12 Januari 2019.