Malaysia Dateline

Guna aset ATM untuk politik Umno: Beza sungguh Ismail Sabri dengan Mat Sabu

Pada 5 Julai, mesyuarat pemimpin-pemimpin Umno diadakan di Wisma Perwira, salah satu bangunan milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di belakang Kompleks Kementerian Pertahanan.

Tiga hari sebelumnya, satu pertemuan Ahli-ahli Parlimen Umno diadakan di sebuah bangunan di Jalan Bellamy. Bangunan tersebut adalah bilik operasi salah satu unit dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM)

Inilah perbualan dalam kalangan anggota tentera sehari dua ini. Sememangnya sejak dahulu lagi aset kerajaan ada disalahgunakan untuk politik.

Tetapi di bawah kendalian Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ia digunakan secara terbuka. Bukan sekadar penyalahgunaan harta kerajaan untuk politik, tetapi pencerobohan politik terhadap aset keselamatan.

Inilah beza dengan Mat Sabu. Apabila Tun Mahathir letak jawatan, tanpa bertangguh, di waktu itu juga dia menjadi orang pertama menyerahkan kereta kerajaan.

Pemandu dan pegawai pegawai pengiring terus diarahkan balik ke Kementerian.

Begitu juga apabila sah kerajaan bertukar kepada PN, malam itu juga beliau pindah ke rumahnya di Shah Alam walaupun dinasihatkan KSU bahawa mengikut prosedurnya beliau boleh kekal di rumah kerajaan 3 bulan lagi.

Tetapi jawab Mat Sabu, Legally right. Morally Wrong

Jadi jika beginilah Ismail Sabri, pemimpin yang selalu dipuji dan dikatakan pengganti terbaik Mahiaddin Md Yasin sebagai Perdana Menteri, maka ia adalah gambaran gelap buat masa depan Malaysia.