Guna bahasa Mandarin: Guan Eng tersilap bukan sengaja, kata Mahathir

Guna bahasa Mandarin:  Guan Eng tersilap bukan sengaja, kata Mahathir

Kenyataan Bahasa Mandarin oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, yang mengundang reaksi negatif pelbagai pihak, disifatkan sebagai kesilapan kecil oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata adalah menjadi perkara biasa apabila segelintir individu melakukan kesilapan dan ia tidak perlu dijadikan isu besar.

“Beliau (Guan Eng) tersilap bukan sengaja. Beliau boleh mengeluarkan kenyataan seperti biasa dengan kapasitinya sebagai menteri,” kata Dr Mahathir pada sidang media di pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Petaling Jaya hari ini.

Guan Eng dilaporkan mempertahan tindakannya mengeluarkan kenyataan dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, Inggeris dan Cina ketika membincangkan isu Tun Razak Exchange pada Khamis.

Bagaimanapun, kenyataan dalam Facebook untuk mempertahankan kenyataan tiga bahasa itu, dikeluarkan hanya dalam Bahasa Mandarin semalam.

8.0
OVERALL SCORE
: 8.0
Have no any user vote