Dapat dilihat penjual insurans sering menggunakan isu semasa untuk menjual produk mereka tanpa memikirkan sensitiviti dan perasaan mereka yang terlibat.
Ini bukanlah kali pertama banyak sudah banyak kes yang dijadikan contoh untuk menyalahkan mereka yang tidak membeli insurans.
Walaupun nampak murah, kadangkala komitmen lain menyebabkan ramai bertindak untuk tidak membeli insuran.
Kali ini penyanyi Amylea Azizan meminta seorang ejen insurans yang menggunakan kisah bapanya untuk mempromosi produk dijual mereka lapor Kosmo! Online.
Tambahnya dia meminta ejen tersebut untuk memadamkan kandungan dalam media yang dianggap memfitnah bapanya, Allahyarham Azizan Zainal Abidin.
“Sebelum saya saman, tolong beritahu pemilik akaun tersebut turunkan (kandungan media sosial) dan buat permohonan maaf secara terbuka.
“Disebabkan hantaran itu, telah jatuh fitnah terhadap arwah ayah. Anda semua kena faham ketika Covid-19 hospital kerajaan penuh,” katanya menerusi InstaStory.
Bagi Amylea, seorang ejen seharusnya mempunyai kredibiliti dan tidak menggunakan isu yang boleh mempengaruhi perasaan dan sensitiviti seseorang.
“Kalau nak jual insurans pun beragaklah. Jangan sampai ‘posting’ kau buatkan sakit hati keluarga aku.
“Dalam masa sama buat orang (netizen) mengata keluarga kami dan arwah sekali.
“Kalau bapa kau tak diterima di hospital kerajaan sebab penuh kes Covid-19, kau biarkan begitu sahaja?” ujarnya.
Bukan isu baru tapi masih ada individu menggunakan isu Amylea yang meminta sumbangan orang ramai bagi menampung kes rawatan sakit jantung bapanya.
Isu tersebut berlaku pada Julai 2021 ketika hospital kerajaan sibuk menguruskan kes pesakit Covid-19.
Maka di situlah ada pihak yang mengambil kesempatan untuk mempromosi insurans mereka dengan cerita sedemikian.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 62 tahun di Institut Jantung Negara (IJN) pada 11 Ogos 2021.
Baca juga: Tanpa pembedahan, Man Raja Lawak berjaya hilangkan 28KG dengan berjalan kaki!