Guna logo AMANAH di Sabah, logo PKR di Sarawak

Guna logo AMANAH di Sabah, logo PKR di Sarawak

Calon Amanah akan menggunakan logo parti itu untuk bertanding di Sabah dan akan mengunakan logo PKR di Sarawak pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Setiausaha Agungnya Mohd Anuar Tahir berkata, parti itu akan bertanding 2 kerusi Parlimen dan 2 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) di Sabah manakala sarawak 6 kerusi Parlimen.

“Keputusan untuk menggunakan logo Amanah di Sabah disebabkan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) memberi kebebasan kepada parti dalam komponen pembangkang ini untuk guna logo masing-masing.

“Kita di Sabah sebagai Pakatan Harapan Sabah yang ada tiga parti PKR, AMANAH dan Warisan. Di Sarawak kita guna logo PKR.” ujarnya,,” katanya dalam sidang media selepas mengumumkan pelantkan  jawatan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Lembaga Tatatertib di ibupejabat Amanah hari ini.

Beliau berkata, rundingan pengagihan kerusi di semua negeri sudah selesai, kecuali di Selangor yang masih mempunyai 6 Dun belum dimuktamadkan.

Bagi PRU14, AMANAH akan bertanding di 27 kerusi Parlimen di Semenanjung, 6 di Sarawak dan 2 di Sabah.

Bagi kerusi Dun, sebanyak 113 kerusi diperuntukkan kepada Amanah di seluruh negara, termasuk di Sabah.

Semua kerusi Parlimen dan Dun yang telah selesai akan diumumkan secara rasmi dalam waktu terdekat ini.

 

 

9.5
OVERALL SCORE
: 9.0
1 user vote x 10.0