Memang benar ada banyak teknik pemasaran yang boleh digunakan untuk melariskan produk dan buatkan ia tular.
Namun strategi tersebut perlulah bersesuaian dengan produk yang dijual, ini tidak ada yang menggunakan perkataan yang boleh dianggap lucah untuk tagline perniagaan makanan.
“Berayaq… (berair)”, pastinya ramai tahun akan tagline yang sudah tular di media sosial, bukan hanya itu ada juga budak lelaki yang menggunakan perkataan sama untuk jual buah.
Ini sememangnya memberi impak negatif dan ramai mula merakam perbuatan individu tersebut bercakap dengan riak muka yang menjengkelkan.
Rata-rata netizen mengkritik mereka yang menggunakan taktik pemasaran ini malah menasihatkan untuk mencuba cara lain untuk memasarkan produk.
“Cara ‘marketing’ jijik dan kotor macam ini pun ramai yang sokong, lelaki, perempuan sama naik sahaja. Bukan nak jatuh perniagaan, tapi carilah trademark lain, budak-budak pun terikut.
“Tak dinafikan makanan dia memang sedap, cuma trademark dia menjengkelkan. Hari tu nampak ada mak gelak sambil rakam anak dia buat benda sama. Rasa baran pula aku.
“Nak berniaga pun gunalah teknik pemasaran yang baik dan sopan, jaga adab dalam setiap perbuatan dan tindakan kita. Rezeki akan jadi lebih berkat,” antara komen netizen.
Baca juga: Berani rompak premis 200m dari balai polis, siap larikan mesin duit dan telefon pelanggan!
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio