Guna MyDebit Cash Out lebih mudah, pemuda kongsi macam mana cara nak keluarkan duit

Oleh KIM SYAZIE

Ciri MyDebit Cash Out merupakan sebuah ciri yang membolehkan anda mengeluarkan wang terus melalui kaunter pembelian barangan tanpa perlu ke ATM untuk tujuan pengeluaran.

Bermula 1 Julai nanti, bagi setiap transaksi secara Mydebit Cash Out yang berjaya akan dikenakan sebanyak RM0.50. Kebanyakan bank sudah pun mengeluarkan notis yang memaklumkan menyediakan perkhidmatan tersebut di kedai-kedai runcit terpilih.

bank-bank lain seperti CIMB, HSBC, Bank Islam, OSBC dan Standard Charted turut ikut serta dalam perubahan tersebut.

Namun adakah anda tahu apa sebenarnya Mydebit Cashout dan bagaimana ia berfungsi? Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Nur Firdaus, berkongsikan penjelasan penuh berkenaan ciri baharu tersebut.

Sekejap, Mydebit Cashout ni apa benda?

Mydebit Cashout ini merupakan satu perkhidmatan untuk pelanggan boleh mengeluarkan duit secara tunai di kedai-kedai runcit Mydebit terpilih.

Bagaimana nak tahu kedai itu boleh lakukan Mydebit Cash Out atau tak?

Kebiasannya peniaga tersebut akan letak notis kebenaran untuk membuat transaksi secara Mydebit Cash Out. Jadi, kalau nampak ada notis, bolehlah buat pengeluaran.

Kebiasaan peniaga akan menetapkan syarat minima untuk pembelian barangannya sebelum membenarkan pengeluaran secara Mydebit Cash Out.

Contoh, situasi ada 2 iaitu

1. Pengeluaran secara penuh.

Si Ali beli coklat RM10 di runcit yang ada pengeluaran Mydebit Cash Out dan ingin mendapatkan duit tunai sebanyak RM100. Bermakna transaksi yang akan berlaku ialah RM110 dan RM10 daripadanya akan ditolak untuk bayaran coklat tersebut. (Nanti 1 Julai dia tolak lagi RM0.50 untuk setiap transaksi).

2. Pengeluaran secara baki

Ali buat pengeluaran RM100 dan juruwang kedai runcit itu menolak RM10 (bayaran coklat) sebelum bakinya RM90 diberikan kepada Ali secara tunai. (Nanti 1 Julai dia tolak lagi RM0.50 untuk setiap transaksi).

Menarikkan? Iyalah. Daripada anda kena caj RM1 pengeluaran tunai, lebih baik guna cara Mydebit Cash Out ni. Jimat RM0.50. Tapi lepas usaha cari ATM sama dengan kad andalah kalau memang terdesak nak tunai.

Baca juga: Nasib lebih 20 kucing Adibah Noor terbela, kini di bawah jagaan pembantu peribadi

Baca juga: “Walaupun tak ada A dalam SPM, yang penting dapat laki!” – Ibu bangga anak tak dapat A