Malaysia Dateline

Guna pakai konsep ‘Bandar Sponge’ sebagai strategi kurangkan risiko bencana banjir

Konsep ‘Bandar Sponge’ sudah sepatutnya digunakan di Malaysia keraja ia merupakan konsep terbaik untuk dijadikan strategi bagi mengurangkan risiko bencana banjir besar dalam negara.

Bahkan, tragedi banjir besar yang melanda negara terutama sekitar Lembah Klang pada hujung tahun 2021 lalu menjadi amaran bahawa pentingnya untuk disegerakan strategi mitigasi banjir yang lebih baik.

Menurut Ahli Parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub, konsep ‘Bandar Sponger’ adalah strategi terbaik untuk diaplikasikan, selain bergantung pada sistem saliran dan pengairan bagi menampung pergerakan air berlebihan semasa berlakunya hujan.

“Konsep ‘Bandar Sponge’ ialah bandar yang mempunyai kapasiti untuk mengarusperdanakan pengurusan dan pengaliran air di bandar, kepada suatu dasar yang berkait dengan reka bentuk perancangan bandar.

“Asasnya, ia mempunyai peranan dan keberkesanan terhadap pelaksanaan, penyelenggaraan, dan penyesuaian sistem infrastruktur untuk mengumpul, menyimpan, dan merawat lebihan air hujan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook baru-baru ini.

“Saya percaya dengan adanya sistem dan struktur yang lebih efisien, negara akan berpotensi untuk meminimakan kesan dan dampak banjir dalam skala yang lebih kecil,” tambahnya lagi.

Pada masa sama Salahuddin berkata, adalah penting untuk mengurangkan kesan banjir kerana ia mempunyai kaitan secara tidak langsung dengan kemiskinan situasi.

Janganlah apabila sudah terhantuk baru terngadah, katanya.

It’s no longer can be said climate change. Because of the unpredictable global changes today – It is better to say a climate emergency,” tegasnya.

Baca juga: https://malaysiadateline.com/kurangkan-beban-rakyat-b40-kerajaan-perlu-serius-tangani-kenaikan-mendadak-harga-barang/

Baca juga: https://themalaysialife.com/sanggup-cerai-sampai-3-kali-dalam-masa-setahun-sebab-nak-tukar-nama-keluarga/