Malaysia Dateline

Guna pistol mainan samun juru pam minyak RM2,700 lesap, 3 lelaki ditangkap

Dengan menggunakan pistol mainan tiga lelaki telah ditangkap kerana bertindak menyamun juru pam minyak kira-kira jam 4.15 pagi.

Kejadian berlaku di stesen minyak Kodiang Kedah membabitkan mangsa berusia 20-an yang ditolak dan diacukan pistol mainan oleh dua lelaki.

Ke semua lelaki berusia 22 hingga 27 tahun itu ditahan di sekitar Jitra dan Changlun antara jam 1 hingga 3 petang.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata suspek telah mengambil wang RM2,700 hasil jualan pada malam kejadian sebelum melarikan diri dengan kereta Proton Satria biru.

Pihaknya merampas sebuah kereta, tiga unit telefon bimbit dan pakaian dipakai suspek untuk tindakan lanjut.

“Hasil ujian saringan air kencing terhadap semua suspek mendapati kesemua mereka positif dadah jenis Methamphetamine dan mempunyai rekod lampau penyalahgunaan dadah.

“Kita sedang mengesan seorang lagi suspek yang masih bebas dan memiliki senjata api disyaki pistol mainan yang digunakan ketika kejadian itu,” katanya yang memberitahu kes itu disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan, dipetik Harian Metro.

Baca juga: Bila Anwar akan jadi PM soalan popular di luar negara, kata bekas Menteri Luar Anifah Aman