Guna rempah 4 sekawan halau lipas dari rumah memang mujarab

Oleh NASUHA RAHMAN

Kemunculan lipas di rumah terutama di kabinet dapur dan di celah-celah pintu tandas memang merimaskan dan menggelikan bagi sesetengan mak-mak. Namun ada yang berkongsi cara dengan menggunakan rempah 4 sekawan untuk halau lipas dari rumah dan ia terbukti mujarab.

Masalah lipas suka berkampung di dalam kawasan kabinet sudah pasti terdapat kotoran najis lipas dan berbau habis semua perkakas dapur yang disimpan.

Oleh itu, apa kata anda cuba salah satu cara yang mujarab untuk hapuskan semua lipas yang berkampung di dalam kabinet dapur tersebut hanya menggunakan bunjut rempah sahaja.

Difahamkan rempah 4 sekawan memang menjadi dan semua lipas akan ‘lari’ jauh-jauh.

Bagaimanapin kemas kabinet dapur dahulu dan letaklah rempah ratus ini di celah-celah barang bagi menghalang kehadiran ‘cikpas’ ini

Wanita ini telah cuba cara ini hampir 3 bulan dan alhamdulillah dengan izinNya kini kabinet dapurnya tidak lagi dikunjungi cikpas.

Mungkin cikpas ini tidak suka bau rempah ratus. Hampir 3 bulan ini bayangan cikpas dan hasil membuangannya pun sudah tiada.

Caranya bubuh 4 sekawan dalam ‘mesh net beg’ tapi kena bubuh 3 hingga 4 ‘beg’ dalam kabinet. Dan banyakkan cengkih dan buah pelaga.

Guna rempah 4 sekawan halau lipas dari rumah memang mujarab
Rempah 4 sekawan boleh halau lipas

Kemudian 4 sekawan diikat di tombol pintu kabinet atau campakkan sahaja di dalam kawasan kabinet.

Cubalah, manalah tahu berhasil untuk anda semua.

Apa-apa pun usaha itu tangga kejayaan. Sebelum letak rempah perlu bersihkan kabinet, kosongkan kemudian lap bersih-bersih dan ‘spray’ dengan apa yang biasa anda guna.

Selamat mencuba!