Malaysia Dateline

Guna serai ganti penyedut plastik inovasi bernas

Pemuda AMANAH Negeri Selangor menyambut baik cadangan daripada Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Senator Datuk Husam Musa mengenai cadangan menggunakan penyedut minuman serai di cafe KADA dan hospital sebagai permulaan.

Biro Pertanian Pemuda AMANAH Negeri Selangor, Mohd Syahrul Amri Mat Sari menyeru supaya semua pihak menyambut baik cadangan ini memandangkan ianya mampu memberi impak positif jika ianya dilaksanakan.

Antaranya kata beliau, ia mampu mengurangkan penggunaan plastik yang menjadi punca utama pencemaran alam sekitar serta ancaman kepada hidupan darat dan laut.

Selain itu ia dapat meningkatkan peluang perniagaan tanaman baharu yang bernilai tinggi melalui permintaan yang tinggi terhadap serai dan menggalakkan usahawan tani menceburi sektor pertanian hiliran yang mampu memberi pulangan yang lebih lumayan.

Biro Pertanian Pemuda AMANAH Selangor katanya, mengajak anak muda khususnya untuk menyambut dan menyumbang idea-idea baru untuk memajukan pertanian negara.