Gunakan kaedah lebih meyakinkan atasi penggunaan beg plastik, kata MP Kepong

Gunakan kaedah lebih meyakinkan atasi penggunaan beg plastik, kata MP Kepong

Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng berkata, pihak berkuasa persekutuan di bawah kerajaan baharu perlu mencari kaedah yang meyakinkan untuk mengatasi masalah dalam isu pengharaman penggunaan beg plastik.

Beliau juga mengingatkan pihak yang terlibat agar tidak begitu mudah memakai produk-produk komersil beg-beg plastik yang dikatakan biodegradabel.

Kata Lim, selepas setahun pengharaman penggunaan beg plastik yang berkuatkuasa pada September 2017, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mendedahkan banyak beg-beg plastik biodegradabel palsu digunakan secara meluas di Wilayah Persekutuan.

“Saya bimbang pelaksanaan penggunaan beg-beg plastik biodegradabel 100 peratus ini gagal disebabkan oleh pengilang-pengilang yang tidak beretika, yang menipu pembeli dan ahli perniagaan yang memilih produk murah dan meragukan bagi mengurangkan kos.

“Juga membimbangkan apabila teknik yang digunakan ialah melalui deria bau dan sentuhan oleh pegawai Kementerian Wilayah bagi menentukan beg biodegradabel palsu,” kata beliau dalam satu kenyataan semalam.

Ujar beliau, kaedah yang digunakan dipertahankan di mahkamah dan boleh mengakibatkan DBKL sebaliknya disaman.

Kata beliau lagi, beg-beg plastik merupakan musuh utama kepada bumi, justeru walaupun beg-beg plastik biodegradabel 100 peratus yang dicadangkan oleh Yayasan Wilayah Persekutuan digunakan bagi menggantikan beg-beg plastik sedia ada, dengan harga empat kali ganda hari beg plastik biasa, tidak menjamin ia 100 peratus mesra alam.

Ini kerana jelas beliau, ia masih mengandungi 40 peratus ramuan plastik.