Malaysia Dateline

‘Gunalah pemetik api muncung panjang tu!’, aksi gadis nyalakan api atas pizza ini tarik simpati netizen

Tindakan sebuah restoran berasaskan pizza berkongsikan rakaman video menunjukkan pekerjanya menyalakan api di bahagian atas makanan itu menarik perhatian netizen.

Rata-rata warganet menyarankan agar pihak majikan mengutamakan keselamatan pekerja mereka dengan membekalkan pemetik api muncung panjang.

Terdahulu, menerusi rakaman video dimuatnaik di TikTok Streeto Pizza, seorang gadis dilihat menyalakan api di pizza itu dalam keadaan seperti takut-takut.

“Tukar bakar pun takut nak bakar” tulis kapsyen pada TikTok itu diikuti “Nasib tak sambar jari😰,” pada hantaran di Facebook.

Bagaimanapun, pengguna Facebook Zamzuri Abdul Halim antara ramai orang yang mengingatkan agar pihak majikan usah terlalu kejarkan keuntungan sahaja.

“Kedai pun 2×5. Belilah lighter yang panjang tu bukan lighter cucuh rokok. Utamakan keselamatan, jangan tau nak untung saja!” kecamnya.

Ada yang berpendapat kapsyen kononnya “tukang bakar pun takut” itu dilihat sebagai tidak bertanggungjawab memandangkan tentunya pekerja itu bukan sebuah meja pelanggan saja yang dilayan.

“Padahal, kalau 10 pelanggan dia kena buat begitu, mahunya tak sakit jari pekerja tu kena api,” kata seorang netizen lagi.

Ekoran deretan kritikan itu, Streeto Pizza kemudiannya memberitahu pihaknya telah membekalkan pekerja mereka dengan pemetik api muncung panjang.

“Betul! Setuju. Kami dah tukar lighter panjang,” kata Streeto Pizza.