Malaysia Dateline

Guru baik, guru jahat

Sempena sambutan Hari Guru antarabangsa, saya ingin menulis sesuatu yang di luar daripada kata-kata yang muluk-muluk dan tidak menumpukan kepada perbincangan mengenai guru sekitar dalam kelas dan peranan mereka di sekolah atau pensyarah di universiti dan kolej.

Lazimnya apabila membicarakan soal guru ia bertumpu kepada sumbangan guru dan guru ini ibarat lilin membakar yang berkorban demi kejayaan murid dan pelajarnya.

Ini semua adalah sesuatu klise yang sudah saban tahun kita bicarakannya. Saya tidak tahu ada sambutan Hari Guru Antarabangsa, apa yang saya tahu adalah sambutan di peringkat nasional yang diraikan pada 16 Mei.

Mungkin bagi saya setiap negara mempunyai tarikh sambutan hari gurunya sendiri. Malas untuk saya mencari sebab kenapa hari guru ditetapkan pada 16 Mei dan tidak bersamaan dengan sambutan Hari Guru Antarabangsa yang diadakan pada 5 Oktober ini.

Sambutan Hari Guru Sedunia memperingati ulang tahun penerapan pada 1966 berhubung dengan Cadangan ILO / UNESCO mengenai Status Guru.

Saranan ini menetapkan tanda aras mengenai hak dan tanggungjawab guru dan standard untuk persiapan awal dan pendidikan lanjutan, pengambilan, pekerjaan, dan keadaan pengajaran dan pembelajaran mereka.

Sambutan tahun ini berkisar di sekitar sokongan yang guru-guru perlukan dalam menyumbang sepenuhnya kepada proses pemulihan ekonom dan kesihatan negara yang bertemakan “Teachers at the heart of education recovery” atau secara literalnya bermaksud “Guru adalah jantung dalam pemulihan pendidikan”.

Ini bermaksud dalam situasi semasa guru adalah sangat diperlukan dalam membangun hati nurani pendidikan. Masalah daripada aspek penutupan sekolah, di mana para pelajar tanpa persediaan terus terjun dalam dunia pendidikan digital mengemukakan cabaran kepada guru dalam memulihkan aspek psikologi, mental, kemahiran teknologi dan sosiologi para pelajar.

Guru berada di barisan hadapan dalam menelusuri pendidikan secara atas talian, membuat persediaan kurikulum dan kelas di rumah secara virtual dengan amalan, format dan kandungan serta interkasi maya.

Ia adalah cabaran kepada semua guru di serata dunia. Saya rasa guru-guru ini akan berusaha memulihkan pendidikan yang terjejas dairpada C-19.

Bagaimana pula dengan guru-guru yang tidak formal ini. Keadaan politik negara yang kucar kacir bukankah disebabkan pengajaran guru politik Barat di peringkat antarabangsa yang mewarisikan ilmu politik mereka kepada kita setelah mencapai kemerdekaan.

Tidak keterlaluan jika dikatakan para pemimpin politik kita hari ini adalah guru-guru tidak rasmi yang mengajar ilmu politik songsang dengan mengutamakan kuasa sebagai mulk atau kekuasaan dan kedaulatan kepada diri, parti, kelompok dan kroni-kroni.

Tema Hari Guru antarabangsa iaitu guru adalah jantung kepada pemulihan pendidikan harus jugalah bertumpu kepada pemulihan pendidikan politik yang meletakkan rakyat di hati, di sanubari dan agama sebagai tujuan akhir.

Sang politikus juga harus bukan bagaikan lilin membakar diri atau sanggup berkorban demi agama dan rakyat tetapi lilin adalah cahaya yang menyinari dunia pendikan politik negara dengan tulus, jujur dan ikhlas.

Ini bukannya mengikut jejak guru politik Machiavelli dalam The Prince bersandarkan cogankata “The end justify the means” atau “matlamat menghalalkan cara”.

Mereka telah menjadi guru dalam melahirkan bangsa politikus yang gelojoh kuasa, menjual agama dan mendaulatkan kuasa pada diri sehingga menjadikan kemanpanan kuasa selamanya.

Apa yang mahukan adalah guru politik masyarakat dan bangsa, guru negara dan guru rakyat di mana pengejaran wang ringgit dan harta kekayaan tidak menjadi idaman sejati.

Tetapi bagaimana mahaguru-mahaguru guru politik di negara kita? Apa yang mereka tarbiyah kepada anak didik mereka supaya tidak menjadi pemimpin yang gelojoh kuasa untuk kepentingan diri dan kelompok.

Jika budaya politik kita masih terbelenggu dengan politik kotor, politik membunuh karakter dan fitnah memfitnah, negara ini akan diwarisi oleh guru-guru jahat yang menjahanamkan negara.

Guru-guru ini meninggalkan warisan neraka politik kepada kita.

Guru-guru politik baik harus bersaing di pentas politik negara dalam menerajui arus politk perdana. Dalam hubungan ini guru-guru politik politik antabangsa telah merancang hendak mencetuskan ketidakstabilan rantau ini dengan pengumuman AUKUS, perikatan pertahanan tiga negara iaitu Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat (AS).

Ini adalah guru-guru politik atau pemimpin-pemimpin politik jahat Buat masa sekarang, rantau Asia Timur sangat memerlukan pertumbuhan ekonomi dan membuka ruang perkerjaan daripada pembinaan kapa selam dan ketegangan antara dua kuasa besar.

Rantau ini memerlukan guru-guru ekonomi dan politik yang mementingkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat daripada berseteru dan bersengketa dengan negara lain. Kita juga tidak memerlukan guru ekonomi seperti Adam Smith yang mengutarakan tangan-tangan ghaib pasaran yang menentukan permainan pasaran.

Namun guru-guru politik jahat AS ini akan menggunakan kesempatan ini dalam memberikan bantuan kepada negara-negara yang terjejas teruk dengan Covid-19. Naib Presiden AS, Kemala Haris telah mengadakan lawatan ke Singapura dan Vietnam bagi menjelaskan peranan AS di rantau Asia Timur.

Perikatan pertahanan AUKUS adalah perianjian pertahanan yang rakus kuasa ingin menggunakan wilayah Asia Timur. Selepas AS mengucar kacirkan rantau Asia Tengah dan Afghanistan, mereka ingin memporakperanda rantau Asia Timur terutamanya LCS.

Dalam berhadapan dengan cabaran-cabaran pamdemik dan pemuihan ekonomi warga rantau Asia Pasifik memerlukan
pertumbuhan ekonomi dan peluang pekerjaan tetapi bukan menjadikan wajah Asia Tmur khusus sebagai rantau perdagangan berbilang hala dan menangani isu perubahan iklim.

Kini rantau ini telah bertukar menjadi medan ketegangan persaingan merebut kuasa menguasai lautan dan tidak memerlukan kapal selam dan tenaga nuklear.

Guru-guru baik yang membangun ekonomi bangsa dan rakyat di mana mereka harus berjuang dan tampil di hadapan supaya guru-guru politik seumpama matlamat menghalalkan cara dan guru ekonomi rakus kuasa dan kekayaan diketepi dan dilupakan.

—————-

Kolumnis adalah pensyarah di Jabatan Komunikasi, Fakulti Komunikasi, Seni Visua dan Pengkomputeran, Universiti Selangor (Unisel)