Malaysia Dateline

Guru dianiaya hanya kerana tak setuju dengan guru besar, boleh lawan guna langkah ini…

Diarah berpindah ke kawasan pedalaman menjadi episod ngeri kepada guru-guru tanpa alasan yang munasabah apatah ia satu penganiayaan kerana tidak setuju dengan guru besar.

Guru besar pula menyalahgunakan kuasanya sesuka hati memindahkan guru ke kawasan pedalaman walaupun prestasi guru sangat cemerlang yang sudah berpuluh tahun berkhidmat.

Ikuti perkongsian guru Mohd Fadhli Salleh yang dihubungi seorang guru dianiaya oleh guru besar hanya kerana tidak sependapat.

Di mana guru terbabit diarah berpindah ke kawasan pedalaman walaupun telah berkhidmat dengan cemerlang lebih 20 tahun

Guru berkenaan telah mengikut nasihat dan langkah-langkah yang disarankan untuk mempertahankan dirinya daripada menjadi mangsa aniaya, akhirnya beliau mendapat haknya.

Dua bulan lepas, seorang guru menghubungi saya,

“Cikgu. Saya rasa saya dizalimi. Saya rasa saya dianiaya. Saya rasa ada penyalahgunaan kuasa terhadap saya”.
“Kenapa tu cikgu?” soalku.

“Saya ditukarkan ke sekolah pedalaman yang jauh dari rumah. Saya ni dah lebih 20 tahun berkhidmat. Markah prestasi saya lebih 95% setiap tahun.

Sumbangan saya pada sekolah dan daerah pun boleh dikatakan banyak juga,” balasnya.

“Biasa je pertukaran dalam pekerjaan ni. Biasanya atas keperluan perkhidmatan. Kenapa kata dizalimi pula ya?” soalku lagi.

“Begini cikgu. Ada GB baru masuk ke sekolah saya. Beliau dari jabatan sebelum ini. Banyak perubahan drastik dibuat GB baru yang membuatkan ramai guru-guru lama tak selesa.

Guru-guru lama cuba menegur GB, tapi macam biasa, mereka cuma mentimun. Dan GB menukarkan saya yang dianggap menentang ke sekolah pedalaman padahal ada lebih 20 buah sekolah sekitar yang berdekatan.

Saya boleh terima je kalau ditukarkan. Tiada masalah. Tapi cikgu bayangkan ada lebih 20 buah sekolah radius kurang 30km dari rumah saya, dan banyak je antara sekolah-sekolah ini perlukan perkhidmatan saya.

Tapi saya ditukarkan ke sekolah pedalaman. Pada saya, jelas ini adalah penganiayaan. GB nak tunjuk kuasa dia, nak cikgu-cikgu lain takut dan buktikan dia ada kuasa untuk kenakan sesiapa yang tidak bersetuju dengan dia”.
Banyak lagi luahan hati guru ini. Kesian sangat dengar terpaksa ulang alik jauh ke sekolah pedalaman hanya kerana GB marah kat dia dan nak tunjuk kuasanya.

Saya nasihatkan begini :

a) Wajib lapor diri kat sekolah baru mengikut tarikh ditetapkan. Jangan melawan bab lapor diri, nanti mereka ada point untuk kenakan kita. Mulanya cikgu ni protes tak nak lapor diri dan nak terus fight kes, tapi saya memang bertegas, jangan langgar peraturan. Wajib lapor diri, minta penangguhan seminggu dengan GB sekolah baru dan dalam masa seminggu ni fight untuk keadilan.

b) Buat report polis mengatakan diri dianiaya, dizalimi. Tujuan report untuk mendapatkan keadilan diri.

c) Bawa surat report polis ke PPD, buat aduan kepada SISPAA, unit aduan PPD, JPN dan unit integriti. Lampirkan semua laporan aduan PPD, JPN, report polis dan bagitahu dah hire lawyer serta akan guna saluran Mahkamah Persekutuan jika aduan ditong sampahkan.

d) Hire lawyer untuk fight kes untuk tunjukkan bukti kita serius dengan hal ini. Minta lawyer teman semasa buat laporan di PPD dan JPN.

Empat langkah yang saya minta beliau buat, dan beliau laksanakan.

Alhamdulillah, beliau dapat hak beliau. Ditukarkan ke sekolah berdekatan rumah kurang dua bulan selepas dianiaya.

Kes selesai.

Saya rasa kes begini pun ada berlaku dalam jabatan lain. Kes salah guna kuasa, aniaya orang bawah yang tak sekepala dengan pentadbir.

Kalian yang rasa dizalimi dan dianiaya, boleh cuba guna cara yang saya sebutkan di atas.

Kawan-kawan, jika yakin sungguh kita dianiaya, dizalimi, guna cara yang betul untuk buat aduan dan fight hak kita. InsyaAllah yang hak akan menang.

Begitulah.

Baca juga: Parlimen tak boleh dibubar sesuka hati, YDPA boleh setuju atau tolak permohonan PM

Baca juga: Buat konsert berhampiran masjid, MBAS kecewa sebab keluar lesen untuk busking sahaja