Malaysia Dateline

Guru dipecat, biadab selamba pijak sejadah masa murid tengah solat

Tidak menjadi kesalahan untuk menganut mana-mana agama di Amerika Syarikat, namun tindakan guru ini yang sengaja menganggu pelajar Islam menunaikan solat menaikkan kemarahan ramai.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, dapat dilihat tiga pelajar lelaki sedang solat di atas sejadah sebelum guru terbabit masuk, meniup wisel dan cuba menghalang mereka daripada solat di pejabatnya.

“Tunggu, ini di pejabat saya, dan kamu semua melakukan ‘silap mata’ ini?” kata guru tersebut.

Tidak cukup dengan itu, guru itu dapat dilihat berjalan ke arah kumpulan pelajar sebelum memijak sejadah ketika salah seorang pelajar sedang bersujud.

Pelajar-pelajar tetap meneruskan solat mereka tanpa mempedulikan guru tersebut.

@gawpu

i literally dont even believe what happened to me is real im still shook. #muslim #praying #tate #prayer #andrewtate #andrewmuslim #kanye #islam

♬ snowfall – Øneheart & Reidenshi

Menurut Local 10 News, insiden itu berlaku di Akademi Franklin, sebuah sekolah di Pembroke Pines, Broward County.

Identiti dan status sebenar guru itu belum dikenal pasti namun pihak sekolah telah mengeluarkan kenyataan mengenai kejadian tersebut.

Selepas diteliti dan disiasat, guru terbabit telah dipecat dan dalam kenyataan sama, sekolah menegaskan pihaknya tidak bertolak ansur dengan tingkah laku diskriminasi.

“Walaupun kami tidak membincangkan hal kakitangan, kami boleh berkongsi dengan kamu bahawa guru terbabit bukan lagi ahli kakitangan Akademi Franklin,” katanya.

Baca Juga: Kerja baik pulih perkhidmatan telekomunikasi Nanga Ngungun dijangka siap tengah hari ini – Fahmi

Baca Juga: Tragedi Fun Fair Puncak Alam, pengunjung menjerit lihat mangsa tercampak keluar dari permainan