Malaysia Dateline

Guru ini mesra layan murid, telatah si cilik pun buat warganet terhibur

Aksi guru kaunseling ini yang mesra melayan sekumpulan murid yang lalu di hadapannya dilihat menarik perhatian orang ramai.

Rata-rata warganet terhibur melihatkan murid terbabit yang dalam keadaan berbaris menyapa guru berkenaan.

Malah, ada murid sempat lagi bertanyakan jam berapa guru itu balik.

“Tu dia, balik pukul 3.30 petang, mesra dengan murid-murid, suka tengok. Tahniah Cikgu Khus.

“Bahasa yang ikhlas baik dan bersantun, murid-murid suka. Tahniah cikgu,” kata Azura Arba.

Rakaman video yang dikongsikan Cikgu Khusairy itu dihujani komentar orang ramai dengan mengangggapnya sebagai pendidik yang baik.

“Bila cikgu baik mesti ramai anak yang sayang. Suka saya tengok cara cikgu melayan anak-anak ini. Sejuk hati tengok🥰,” kata Norafina Ahmad.

Hal sama disebut Ieyra Ibrahim, “Anak-anak murid nampak sangat selesa dengan cikgu, macam borak dengan abang-abang. Keselesaan anak murid dengan cikgu itu yang saya suka.”

Dalam komentar balas pula, Cikgu Khusairy memberitahu Cikgu Khusairy memberitahu beliau mengajar di Sekolah Kebangsaan Cheras Jaya di Balakong, Selangor.

“Untung murid-murid sekarang, dah ramai cikgu yang peramah dan lembut sekarang ni. Anak-anak tak takut dan seronok ke sekolah,” ujar Fazlina Mat Isa.

Sementara itu, Noridawati Mohd Said berkata, “Cikgu sporting” manakala Kartini Sayuti menulis, “Cikgu yang baik, peramah. Murid-murid pun suka pergi sekolah.”

Baca juga Terlalu ramai gagal kuasai 3M, cikgu ini dedah realiti ‘wabak’ buta huruf murid Tahap 1

Baca juga Ngeri! Mayat wanita dijumpai dimakan 20 kucing peliharaan sendiri