Malaysia Dateline

H2O : 117? Mageran untuk selamatkan diri dari tenggelam bersama?

1. Bilangan kes positif hari ini 6849. Supaya kita sedar yang jumlah kes belum benar-benar menurun. Masih kekal 4 angka. Apa lagi jangkaan perkembangan politik dalam sehari dua ini?

2. Dari satu sisi lain, ada yang berpendapat Mageran adalah pengalihan tumpuan semua pihak untuk membincangkan langkah Tun. Katanya kumpulan Hishammuddin-Azmin juga sedang menyusun untuk mendapatkan sokongan dan mengambil alih teraju kerajaan.

3. Antara Isu Umno terhadap PN mengikut keutamaan adalah :

i. Tak dapat kerusi Perdana Menteri
ii. Tidak memberi jaminan pembebasan kepada kluster mahkamah
iii. Pertembungan dalam menentukan kerusi-kerusi dalam pilihan raya
iv. Prestasi dan polisi kerajaan yang lemah
v. Terbeban dengan kelemahan Perdana Menteri
vi. Pengabaian untuk memberi pandangan dalam menetapkan polisi

4. Bagi menyelesaikan isu-isu utama tersebut, mana-mana gerakan yang dapat menyelesaikan atau melunaskan tuntutan-tuntutan tersebut, Umno tidak teragak-agak untuk memberi sokongan.

5. H2O tahu apa yang Umno perlukan. Cuma kedudukannya dalam Umno tidak memberi kelebihan kepadanya untuk mencatur dengan lebih mudah.

6. Maka krisis yang berlaku pada hari ini adalah peluang terbaik baginya untuk mendapatkan satu persetujuan antara ahli-ahli parlimen dalam blok PN, BN, GPS dan parti sekutu lain untuk memperbaiki imej kerajaan yang kian merudum.

7. Bagi Umno sekurang-kurangnya langkah ini memberi jaminan untuk mencapai 2 perkara. Pertama, kerusi Perdana Menteri kembali kepada Umno dan kedua, pembebasan kluster mahkamah.

8. Dalam hal ini, pembantaian kepada Muhyiddin adalah sesuatu yang baik dalam menyusun langkah rombakan kabinet termasuk kerusi Perdana Menteri.

9. Maka, pertemuan ketua-ketua parti bersama Yang di-Pertuan Agong mengesahkan wujud kelemahan yang ketara terhadap prestasi kerajaan di bawah Muhyiddin Yassin ketika ini.

10. Semalam, dikatakan wujud gerakan mengumpul Akuan Bersumpah di kalangan ahli-ahli parlimen untuk mendapatkan sokongan bagi pihak tertentu. Iswardy Morni dalam sesi live nya mengatakan wujud tawar-menawar antara H2O dan Parti Warisan untuk mengambil alih teraju kerajaan.

11. Sebuah portal juga memetik berita ini dalam laporan mereka.Laporan itu menyebut, H2O akan diangkat sebagai Timbalan Perdana Menteri terlebih dahulu. Kemudiannya menyusun langkah untuk naik sebagai PM.

12. H2O memberi respon menafikan perkara tersebut menerusi ciapan dalam twitternya.

13. Apapun yang berlaku di sebalik semua ini, sudah semestinya mereka yang bijak menggunakan peluang dan cepat bertindak dengan memberi jaminan-jaminan tertentu untuk survival politik masing-masing, mereka berpeluang untuk menang.

14. Tekanan supaya darurat ditamatkan semakin meningkat. Keadaan negara kian merosot. Populariti kerajaan di bawah Muhyiddin Yassin semakin tenat. Kepentingan parti politik tertentu untuk survival mereka juga bijak memanipulasi isu rakyat untuk dilihat sebagai hero rakyat.

15. Dan di tengah-tengah kekalutan inilah, Tun menggunakan kesempatan menghulurkan Mageran untuk Muhyiddin yang kian terhimpit. Jatuh dan tenggelam bersama atau menggunakan talian hayat sekat musuh ketat.
————–
Nota : 68 + 49 = 117.