Malaysia Dateline

Habiskan masa dengan menonton kartun, wanita sebak lihat kanak-kanak 12 tahun mengandung

Tular video yang menunjukkan seorang kanak-kanak terbaring sambil menonton kartun kegemaran di kaca televisyen, sekali imbas tiada siapa akan menyangka bahawa dia sedang hamil lapan bulan.

Kisah kanak-kanak bernama Bunga dari Indonesia dimuat naik di TikTok oleh pengguna akaun bernama Mommy Chutela.

Wanita tersebut memaklumkan bahawa Bunga adalah anak kepada pekerja di perusahaan kebun keluarganya.

Lebih mengejutkan adalah pendedahan wanita tersebut mengenai Bunga yang sebenarnya mengandung lapan bulan walaupun hanya berusia 12 tahun.

Tidak mahu mendedahkan secara terperinci, wanita tersebut hanya memaklumkan Bunga adalah mangsa rogol dan demi menjaga aib keluarga, pelakunya dirahsiakan.

Bunga yang masih muda mungkin masih tidak memahami proses kehamilan, malah dia juga merasa malu apabila diminta untuk menyelak baju untuk tujuan imbasan.

Tidak hanya itu, wanita itu bertambah sebak melihat Bunga yang sering keletihan akibat loya dan muntah.

Rata-rata komen warganet mendoakan agar proses kelahiran berjalan lancar dan supaya pelakunya segera dibawa ke muka pengadilan.

Baca juga: ‘Sampai lekat ke dinding dia merajuk’, rakyat Malaysia terhibur tengok abang bomba sabar pujuk anjing merajuk