Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Had umur belia: Kerajaan kaji kesan tindakan Johor, kata Mahathir

Had umur belia: Kerajaan kaji kesan tindakan Johor, kata Mahathir

FOTO: WAN ZAHARI WAN SALLEHJuly 10, 2019 1:38 pm




Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan akan mengkaji kesan tindakan kerajaan negeri Johor yang mengekalkan had umur belia negeri kepada 40 tahun.

“Tindakan (kerajaan negeri) itu kita nak kaji apa kesannya dan kenapa dia buat benda ini. Kita tidak tahu mendalam tentang tindakan yang diambil oleh kerajaan Johor,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali berkata kerajaan negeri Johor mengekalkan had umur belia negeri kepada 40 tahun, sehingga pindaan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 diwartakan pada 2021.

Pada 3 Julai lepas, Dewan Rakyat meluluskan RUU Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia (Pindaan) 2019, yang bertujuan antaranya menurunkan had umur dalam takrif belia daripada 40 kepada 30 tahun.

Mengenai laporan media berhubung lantikan Rania Zara Medina yang didakwa transgender, sebagai Ahli Jawatankuasa di dalam Mekanisme Penyelarasan Negara (CCM) Malaysia di bawah Kementerian Kesihatan, Dr Mahathir berkata beliau tidak mengetahui kesahihan mengenai perkara itu.

“Transgender You pergi periksa dia tak? Sebab saya tak tau macam mana dia transgender sebab saya tak jumpa dia,” katanya berseloroh. — BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Darurat demi kedudukan Muhyiddin tapi rakyat tambah derita

Apa guna ada Speaker jika sokong gantung Parlimen

Tidak perlu tunggu darurat berakhir, Anwar tiada halangan menghadap Agong

Bodek Menteri Pertanian ucap hari jadi, penjawat awam dianggap tiada kerja musim Covid-19

Terkini

Rakyat biasa dikompaun tapi rombongan Muhyiddin, ahli Bersatu selamba ingkar SOP

Siapa taja serangan terhadap Zahid dalam Umno?

14 meninggal dan 3,631 kes baharu Covid-19 dicatatkan hari ini

Bagaimana dunia Islam hadapi Covid-19

PKP seluruh negara, kecuali Sarawak, mulai 22 Januari

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production