Malaysia Dateline

Hadi akan gunakan polisi luar yang telah dimulakan Tun Mahathir

Duta Khas Malaysia ke Timur Tengah yang bertaraf menteri, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, beliau akan menggunakan polisi hubungan luar yang telah dimulakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam kenyataan beliau kepada Jazeerah, Hadi berkata, bahawa kerajaan baru akan mengunakan polisi hubungan luar yang telah dimulakan oleh Mahathir.

Ia merujuk kepada KL Summit yang telah diadakan pada Disember yang lalu, lapor Al Jazeera.

Begitu juga usaha untuk menyatukan ummah dan berusaha untuk kemajuaannya, lapor media antarabangsa yang berpusat di Timur Tengah itu.

Dalam facebooknya sebelum ini, Hadi menulis beliau akan menggunakan pengalamannya untuk membantu kerajaan Malaysia selepas dilantik sebagai duta khas itu.

“Saya dengan rendah diri mengucapkan terima kasih atas kepercayaan yang diberikan oleh YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Insya-Allah saya akan memanfaatkan sedikit pengalaman untuk membantu Kerajaan Malaysia memimpin agenda perpaduan ummah dan keamanan sejagat,” katanya.