Hadi kata isu dana RM90 juta helah Husam tak mahu tanding PRU14

Hadi kata isu dana RM90 juta helah Husam tak mahu tanding PRU14

Presiden Pas berkata Penasihat Amanah Kelantan Datuk Husa Musa sengaja membangkitkan isu dana RM90 kerana tidak mahu bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, sekiranya isu RM90 juta dibawa ke mahkamah dan Husam kalah kes itu, kelayakannya untuk bertanding akan hilang.

“Saya merasakan beliau (Husam) tidak mahu bertanding PRU akan datang. Jadi, beliau buat begitulah (bangkitkan isu RM90 juta). Kalau bawa ke mahkamah benda bohong, apabila kalah sudah tidak boleh bertanding dalam PRU.

“Kalau tidak mahu bertanding, beritahulah supaya senang,” katanya seperti dipetik Free Malaysia Today.

Sebelum ini Husam mendakwa bahawa duit yang diterima Pas dari Umno sebanyak RM90 juta sebagaimana didedahkan Sarawak Report disalurkan melalui sebuah bank tempatan iaitu Affin Bank.

Jumaat lalu, Naib Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menafikan perkaa itu dan berkata kenyataan Husam mengenai dana itu adalah rantaian daripada fitnah dibuat Sarawak Report sebelum ini.

Beliau berkata akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Husam seperti yang dilakukan terhadap Sarawak Report.

Sebelum ini, Sarawak Report, sebuah laman web yang diharamkan oleh kerajaan Malaysia mendakwa Pas menerima RM90 juta duit dari Umno.

Bagaimanapun Sarawak Report Sarawak Report menafikan bahawa Pas telah memulakan tindakan undang-undang terhadap laman web itu.

Sehingga hari ini, kami boleh mengesahkan bahawa Pas belum lagi memulakan sebarang tindakan undang-undang terhadap Sarawak Report,” kata Sarawak Report dalam satu kenyataan semalam.

TAGS