Kemunculan suami kepada Adira Suhaimi, Datuk Red ke mahkamah baru-baru ini mendapat perhatian lensa media apabila secara santai menaiki motosikal kapcai EX5 untuk menghadiri perbicaraan kes cerai mereka.
Kelibat Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu dilihat ketika para media sedang menemubual Adira di luar perkarangan mahkamah.
Tidak hanya itu, Datuk Red muncul dengan gaya bersahaja iaitu hanya mengenakan kemeja, berselipar, bersongkok dan menunggang motosikal.
Dia tidak pula menunjuk-nunjuk kemewahan di sebalik statusnya sebagai seorang Datuk dan berpangkat tinggi.
Dia juga sempat menunjuk jari ‘peace’ kepada media yang merakam video ketika dia menaiki motor untuk ke mahkamah.
Sementara itu Datuk Red ketika ditemui media turut mengakui segala dugaan yang dilalui kini adalah berpunca daripada kesilapan lalu.
“Saya cuba selamatkan sebaik mungkin untuk kedua-duanya tapi ini bukan dugaan tapi balasan atas apa yang saya lakukan sebelum ini,” ujarnya ketika ditemui media.
Menganggap ia sebagai dugaan hidup, Datuk Red walaubagaimanapun tetap positif dan masih berusaha untuk menyelamatkan rumah tangga yang dibina bersama kedua-dua isterinya itu memandangkan mereka masih belum bercerai secara sah.
Terdahulu, keputusan laporan Jawatankuasa Pendamai antara pihaknya dengan Adira tidak mencapai keputusan positif dan mahkamah menentapkan tarikh 24 April nanti untuk proses Hakam.
Manakala isteri pertama Datuk Red turut dilaporkan mengemukakan perceraian terhadap suaminya itu.
Baca juga: “Ini bahana nikah semula di penghujung usia, langgar bonggol tak brek pun merajuk”