Malaysia Dateline

Hairan, Pas masih mahu sekongkol dengan Umno sampai hari penamaan calon

Adalah amat mendukacitakan bagi rakyat negara ini apabila Pas masih lagi mahu bersekongkol dan mengangkat Umno yang telah terbukti merosakkan nama baik negara membabitkan rasuah dan korup.

Naib Presiden AMANAH, Datuk Mahfuz Omar berkata, lebih menghairankan apabila Pas tiba-tiba sanggup berunding dengan Umno sehingga ke hari penamaan calon.

“Pas sepatutnya menyedari bahawa Umno kini dalam keadaan terdesak bagi menyelamatkan kluster mahkamah sehinggakan mereka terpaksa melakukan apa sahaja bagi merealisasikan impian tersebut.

“Kita amat kecewa apabila Pas menyatakan kesediaan mereka untuk bersekongkol dengan Umno kerana kita sedia maklum pendekatan yang cuba di bawa oleh Umno kelak akan merosakkan negara seperti mana yang telah terjadi kepada mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Sejajar dengan itu semua pengundi serta juga ahli Pas disarankan supaya menolak pendekatan politik yang cuba di bawa oleh Umno yang ternyata mampu merosakkan negara sekiranya terus dibiarkan berterusan berleluasa seperti sedia ada,” ujar beliau ketika dihubungi Malaysia Dateline.