Perdana Menteri Malaysia ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyatakan bahawa Tan Sri Abdul Hadi Awang boleh terus “merancang dan mengigau” untuk melihat Kerajaan Perpaduan tumbang.
“Tak apalah itu hak dia untuk merancang dan mengigau,” katanya ketika ditemui media di Masjid Universiti Putra Malaysia (UPM).
Kenyataan itu adalah susulan soalan mengenai kenyataan yang dikeluarkan Hadi Awang baru-baru ini.
Sebelum ini Presiden Pas itu mengeluarkan kenyataan bahawa Kerajaan Perpaduan akan tumbang tidak lama lagi namun tidak jelas bagaimana ia akan berlaku.
Melihat kepada banjir yang sedang berlaku di Johor, Anwar memaklumkan sebanyak RM50 juta akan disalurkan segera bagi membantu mangsa banjir dan beliau akan ke sana dalam masa terdekat.
“RM50 juta segera untuk Johor bagi bantu mangsa banjir. Beberapa menteri turun hari ini, esok sebahagian lagi. Saya (turun ke Johor) akan atur dalam masa singkat,” katanya.
Baca juga: Pemimpin Pas dituduh hina Menu Rahmah