Hak PM untuk bentuk kabinet, kata Anwar

Hak PM untuk bentuk kabinet, kata Anwar

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai prerogatif  (hak) untuk membuat keputusan melantik anggota jemaah menteri, kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata isu-isu sebelum ini timbul kerana PKR berpendapat amalan proses perundingan PH tidak dipatuhi sepenuhnya.

“Perdana Menteri mempunyai prerogatif untuk membuat keputusan.

“Saya mungkin memberi beberapa input kecil tentang jawatan, tetapi kamu perlu menerima bahawa seseorang perlu membuat keputusan.

“Kami merayu apabila terdapat sedikit perbezaan, oleh itu PKR seperti yang dinyatakan oleh Dr Wan Azizah Wan Ismail adalah kerana kami merasakan cara proses perundingan tidak dipatuhi,” kata Anwar pada sidang akhbar di kediamannya di Segambut.

Beliau berkata perkara berkenaan telah diselesaikan, dan Mahathir memberi jaminan bahawa beliau akan berunding dengan pemimpin lain dalam Pakatan Harapan.

Beliau berkata demikian apabila ditanya sama ada beliau akan memberi input mengenai pelantikan kabinet masa depan.

CATEGORIES