Hak untuk tahu sebahagian hak bercakap, kata Hanipa Maidin

Hak untuk tahu sebahagian hak bercakap, kata Hanipa Maidin

Hak kebebasan untuk bercakap atau berekspresi dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan turut merangkumi hak rakyat di negara ini untuk tahu (right to know), menulis dan memperoleh maklumat, kata Pengerusi Kanun Amanah, Hanipa Maidin.

Hak kebebasan untuk bercakap atau berekspresi dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan turut merangkumi hak rakyat di negara ini untuk tahu (right to know), menulis dan memperoleh maklumat, kata Pengerusi Kanun Amanah, Hanipa Maidin.

Menurut peguam itu, kesemua hak terbabit amat berkait rapat dan sebahagian daripada hak bercakap mengikut Perlembagaan.

Mengulas kenyataan Peguam Negara yang dilaporkan berkata, “the right to know is not granted in the constitution” (hak untuk tahu tidak diberikan oleh Perlembagaan) berhubung cadangannya untuk meminda Akta Rahsia Rasmi 1972, Hanipa menafikan dakwaan berkenaan.

“Ya, kalau kita nak cari perkataan ‘hak untuk tahu’ dalam Perlembagaan, memang kita tak akan jumpa. Begitu juga kita tidak akan jumpa ‘hak untuk menulis’ atau ‘hak untuk berbeza pendapat’ dalam Perlembagaan. Adakah itu bermakna hak-hak itu tidak wujud dalam Perlembagaan?

“Betulkah hak untuk tahu tidak diberikan oleh Perlembagaan? Dengan hormat, saya rasa kenyataan AG (Peguam Negara) itu tidak betul dan tidak tepat,” tegasnya dalam kenyataan media hari ini.

Hanipa yang juga Ahli Parlimen Sepang itu berkata, hak bercakap tidak memberi makna jika hak untuk tahu, menulis dan berbeza pendapat dinafikan.

“Semua hak itu berkait rapat dengan hak bercakap kerana tanpa hak hak tersebut, hak bercakap jadi tidak berguna. Kalau tidak ada hak untuk tahu, buat apa dibenarkan Ahli Parlimen tanya menteri di Parlimen.

“Dalam satu kes Mahkamah Persekutuan melibatkan Kerajaan Kelantan, mahkamah menafsirkan bahawa hak berpersatuan termasuk hak untuk keluar dari persatuan meskipun dalam Perlembagaan hanya menyebut hak berpesatuan tanpa sebut hak untuk keluar dari persatuan,” hujahnya lagi.

TAGS