Malaysia Dateline

Hakim isytihar pertuduhan tidak berasas – Apa nasihat aktivis ini untuk Pas?

Hakim isytihar pertuduhan membuat penghantaran komunikasi jelik di media sosial berupa lakaran dua tin minuman keras dengan warna hijau berlambang bulan antara lain sebagai tidak berasas.

Aktivis dan pereka grafik, Fahmi Reza berkata demikian selepas dia semalam dilepaskan tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

“Fahmi 1 – 0 PAS

“Pada bulan Februari aku dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menyakitkan hati Pas dengan poster satira ni.

“Hari ni (Semalam) hakim isytihar pertuduhan ni tidak berasas, groundless dan cacat, dan gugurkan pertuduhan terhadap aku! Wang jaminan akan dikembalikan,” beritahu Fahmi di Facebook.

Sehubungan itu, Fahmi, 45, atau nama sebenarnya Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin menasihati Pas agar tidak terlalu mudah ‘koyak’.

“Kepada pemimpin PAS, panaih tak pa, koyak jangan laa,” tambahnya lagi.

Untuk rekod, Fahmi pada 17 Februari lalu, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang jelik sifatnya berhubung isu pengharaman penjualan minuman keras di negara ini, dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain melalui Facebook menggunakan profil ‘Fahmi Reza’ pada 11.45 pagi, 1 Jun 2021.

Hantaran itu kemudian dibaca di sebuah unit Pangsapuri Melur, Sentul Perdana, Bandar Baru Sentul, di ibu negara, pada jam 9 pagi 2 Jun 2021.

Baca juga Fahmi akui cepat dapat amaran di TikTok, mungkin ada kaitan Undi 18?

Baca juga Eh, gigih betul sampai sanggup ukir nota pada pen