Halang Najib ke luar negara, kata Mahfuz, Imigresen kata tiada sekatan

Halang Najib ke luar negara, kata Mahfuz, Imigresen kata tiada sekatan

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Haji Mahfuz Omar menggesa pihak berkuasa supaya menghalang bekas Perdana Menteri Najib Razak melarikan diri ke luar negara ketika Imigresen berkata tiada sekatan setakat ini.

“Pesawat yang di jangka membawa lari Najib keluar dari Malaysia perlu dihalang oleh Jabatan Penerbangan Awam Malaysia dan pihak berkuasa lapangan terbang Malaysia.

“Tidak wajar selepas berlaku peralihan kuasa pihak berkuasa lapangan terbang Malaysia, PDRM dan Imigresen bersekongkol dengan Presiden Umno Najib klaptokrat untuk melepaskan diri daripada jenayah yang dilakukannya,” kata beliau dalam kenyataan medianya hari ini.

Sementara itu, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Mustafar Ali  berkata, tidak ada sekatan dari pihaknya terhadap Najib dan isterinya Rosmah dari pihaknya setakat ini.

“Tidak ada sekatan pun setakat ini,” katanya ringkas dalam pesanan WhatsApp kepada Malaysiakini.

Kata Mahfuz, Najib  tidak perlu lari keluar negara jika beliau tidak melakukan apa apa kesalahan jenayah terhadap Malaysia dan rakyatnya.

Tambahnya, usaha beliau untuk melarikan diri seperti yang di viralkan dengan pesawat yang telah disediakan menunjukan beliau mengakui segala yang di tuduh terhadapnya.

“Beliau perlu bertanggung jawab dan berdepan dengan proses pengadilan.

“Semua pihak berkuasa yang terlibat tidak wajar mengkhianati suara rakyat.

“Mereka seharusnya memenuhi harapan rakyat,” kata Mahfuz.

9.3
OVERALL SCORE
: 8.0
8 user votes x 9.5
CATEGORIES
TAGS